Monday, 24 February 2014

Buasir oh Buasir dan cadangan vitamin yang boleh di ambil




Masalah buasir bukan sahaja di alami oleh ibu2 selepas bersalin
malah, kaum lelaki juga tidak terkecuali mengalami penyakit buasir ini

Namun begitu, ramai yang malu utuk medapatka rawata buasir ini
sehinggalah buasir tersebut menjadi semakin teruk

jom kita baca apa itu buasir

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.  Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Jenis-jenis Buasir

Buasir terbahagi kepada dua jenis iaitu buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur dan buasir luar, yang mana ia boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur.
Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.

Buasir Dalaman

Biasanya tidak menyakitkan dan gatal. Malah anda juga tidak dapat merasainya kerana ia terletak di bahagian paling dalam usus besar

buasir dalaman tidak merbahaya namun begitu pendarahan yang berlaku mungkin di sebabkan kanser dan rawatan yang sepatut nya perlu di jalani


Buasir Luaran

Tandanya seperti kesakitan,kepedihan dan kegatalan


3 Peringkat Buasir

Terdapat 3 peringkat berlakunya buasir iaitu:

Peringkat #1 Buasir
Berlaku pendarahan pada dubur dan bengkak menonjol keluar dari kawasan kemaluan itu.

Peringkat #2 Buasir
Pergerakan usus badan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan bengkak itu keluar dan masuk dari kawasan dubur. Peringkat kedua ini biasanya akan memberikan kesakitan yang amat kepada pesakit.

Peringkat #3 Buasir
Apabila darah pekat keluar, kita akan rasa keperitan pada dubur. Kebanyakan masa, ia akan menyebabkan kita sukar untuk membuang air besar. Situasi ini dianggap serius dan disarankan agar kita segera berjumpa dengan doktor pakar.


Punca buasir

di dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dikenali sebagai vaskular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa lama, ia hilang sifat kenyalnya dan terjulur keluar daripada dubur.  Proses ini sering diiringi dengan pendarahan dan akhirnya menjadi buasir.

Selain itu, buasir juga boleh terjadi apabila seseorang itu duduk mahupun berdiri dengan terlalu lama. Contohnya apabila anda travel dalam jarak perjalanan yang jauh, sudah tentunya anda akan duduk dengan lama. Tidak kurang juga pemandu kenderaan awam yang perlu duduk dengan lama ketika memandu serta mereka yang duduk terlalu lama di hadapan komputer sehingga terlupa untuk bangun. Selain itu, ibu-ibu mengandung tidak ketinggalan, mereka juga boleh mendapat buasir kerana bayi di dalam kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada saluran darah di kawasan dubur sehingga boleh menyebabkan buasir.

 Buasir juga boleh terjadi akibat proses meneran ketika melahirkan bayi. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) juga boleh mendapat buasir.



Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
·Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

·Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.



Tip-tip berikut akan membantu anda:
Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.

Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.

Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.

Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 


Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil vitamin @ supplement tambahan seperti di bawah




OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.



jom dapatkan set ini dengan harga terbaek

more info?

ask me..

013.206.0902
ina

No comments:

Post a Comment