20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
========================================
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Monday, 21 April 2014
Wednesday, 26 March 2014
Qasidah Ya Hanana..
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
jatuh cinta dengan qasidah ni..
=)
Allahuakbar...
Friday, 7 February 2014
Dhuha dan keindahannya~
Doa selepas solat Dhuha:
Ya Allah Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu
Ya Allah jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:
Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:

Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Friday, 31 January 2014
~ Jika tiada................jangan berhenti bersyukur ~
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
jangan berhenti bersyukur....
=)
jom dapatkan Shaklee dengan harga terbaik!!
013.206.0902
Monday, 27 January 2014
~ Indah nya menjadi seorang wanita...~
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya
Saturday, 25 January 2014
Erti sebenar bersyukur~
To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade.
To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who has given birth to a premature baby.
To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper.
To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who just missed a train.
To realize the value of ONE SECOND, ask someone who just avoided an accident.
To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal at the Olympics.
Treasure every moment that we have!
Friday, 17 January 2014
Saturday, 4 January 2014
~bersangka baik la..kerna itu jalan terbaek~
Assalammualaikummmm
selamat malam uollsss
sambil tunggu makaroni rebus tu kembang mari la ki meng-hapdet belog
muahaha~
nak citer pasal bersangka baik sesama manusia
kenapa?
sebab baru tadi saya dapat call
daripada siapa?
daripada student saya yang baru keluar pusat pemulihan
soalan dia?
boleh x saya sambung belajar?
dialog dia...
"Assalamualaikum miss,maaf ganggu malam2 ni..saya nak tanya satu soalan la"
"Waalaikumussalam,x ganggu pon..soalan apa?
"saya ni boleh belajar lagi x?
"mesti lah boleh.kenapa?"
"miss kan tau status saya sekarang ni"
"jangan risau,tempat awak masih ada lagi"
"terima kasih miss.Hari isnin saya jumpa miss kat ofis ye"
"boleh..datangla"
nampak x?
status tu memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kan
saya sebagai seorang guru begitu terkesan sekali dengan apa yang dia cakapkan
dia begitu takutkan penerimaan orang sekeliling
mmg x salah dia berfikiran begitu
tapi kita sebagai org sekeliling yang memainkan peranan
berfikirlah..
sebelum kita bersangka buruk
muhasabah diri
*self reminder*
Kenapa saya pilih Shaklee??? kenapa dan bagaimana????
Assalammualaikum
selamat petang sabtu uollsss
sabtu pertama di tahun 2014
hujan lak tu...ngeee
hari ni nak cerita tentang perubahan 360 darjah saya di 2014..
sekadar berkongsi pengalaman
yang buruk di jadikan pengajaran kan
=)
saya perkenalkan diri saya ye..nama saya zarina ataupon kawan2 lebih senang panggil saya ina
saya seorang pensyarah sepenuh masa..student lak panggil saya miss zarina *feeling muda uollss*
ibu kepada sepasang cahayamata,isteri kepada seorang cikgu di sekolah gomen*hik~*
kisah saya bermula pada tahun lepas..
Anak pertama saya,kakak Iman mudah demam,selsema dan juga batuk
mungkin effect dari kelahirannya
kakak iman lahir dengan berat hanya 2.01 sahaja
kecikkan..hehehe
masa di wad,nurse2 pelatih tu suka dukung dia sbb kecik
senang dukung..cam dukung anak patung katanye
hahaha~
anak kedua saya,adik Nawfal pula lahir x cukop bulan
kata doktor la...hahaha
kuar masa nak masuk 35 minggu
kena jaundice hampir sebulan
dok wad jaundice 2 hari saya da mintak doktor balik umah
hari2 berulang ke klinik kesihatan untuk cek darah
sian tengok kaki cumel tu kena cucuk je
effect nye sama..mudah demam,selsema dan batuk
pernah gugel..ramai tulis baby pre-mature mmg camtu
ntahla..
sebagai ibu...batuk,demam dan selsema bukan perkara remeh pada saya
kalau boleh saya xnk terlalu dedahkan anak2 pada ubat2 klinik@hospital
apatahlagi antibiotik
saya perlukan ubat semula jadi
petua mungkin...
tapi didedahkan dengan dunia kemodenan mematahkan usaha saya menggunakan benda2 semulajadi
=)
hik~
setiap hari saya gugel tentang kesihatan anak dan juga rawatan semulajadi dan juga homeopati
sampaila terbaca tentang Mealshake
gugel plak tentang Mealshake
gugel tentang testimoni Mealshake
terus jatoh hati
wowwww
mudahkan terjatuh hati
hahaha
terus msg nk beli
dan....
Alhamdulillah...
banyak sangat perubahan
bila dorg consume mealshake tu
lepas abes satu canister tu baru la terbukak pintu hati nak jadi ahli
kebetulan masa tu mak saya mmg tgh cari supplement
maklumla..org tua ni perlukan supplement tambahan untuk diri sendiri kan
mencegah lebih baik dari mengubati
Antara sebab lain kenapa saya pilih Shaklee:
- Dengan bayaran serendah RM65, keahlian adalah seumur hidup kecuali tidak membuat sebarang belian dalam tempoh bertahun-tahun.
- Saya ada ketua yang x pernah memaksa anak buah untuk capai target sebb dalam bisnes ni mmg xde target..ini bisnes kita jadi kita yang tetapkan target sendiri..leader kita cuma akan memantau kita..mengingatkan kita kalau nampak mcm da leka..hehehe
- Bisnes yang patuh syariah dan kaedah yang diajar jika mahu serius berniaga sememangnya logik untuk dicapai walau tanpa modal. (kecuali untuk mendaftar keahlian)
- Selain dapat membuat belian dengan harga ahli, kita juga boleh dapat mata(UV) daripada setiap pembelian dan jika mencapai minimum 150UV sebulan, sudah layak menerima bonus.
- Paling best, makin banyak jualan/belian, makin banyak bonus yang Shaklee bayar dan bonus masuk tengah bulan pula tu..di saat gaji bulanan tinggal separuh atau suku..Yg ni saya suka.
- Saya boleh berniaga secara santai..tgh buat kerja rumah pon boleh balas sms/whatsapp customer..yang paling penting anak2 depan mata.keje umah pon siap..mudahkan
- Dimasukkan dalam group khas..sharing di antara ahli group banyak membantu dalam menambah info2 dan strategi jualan
- sentiasa berhubung dengan ketua kita..ketua akan sentiasa bertanya tentang keadaan kita..pendek kata..tidak di abaikan la..=)
- Tidak perlu attend kelas..kita ada sesi coaching bersama leader..bukan tiap2 minggu
- tidak perlu simpan stok banyak2 macam sesetengah bisnes lain,kalau xnk simpan stok pon xpe..bila customer order terus online..Shaklee akan uruskan proses penghantaran..simple
- jadi ahli untuk kegunaan sendiri @ ahli keluarga pon dah memadai...kita akan dapat harga ahli..=)
berminat nak tahu???
013.206.0902
zarina.sharudin@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)