Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia
merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia
sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II
menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah
tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur
darah yang disebabkan oleh kolesterol.
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk
mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular,
arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko
untuk mendapat strok atau angin ahmar.
Di
Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang
daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas
menghidapinya.
Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.
``Lebih
membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh
tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang
mengambil ubat,'' katanya.
Beliau
yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN)
berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula
baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.
Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor.
``Masyarakat
perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya
masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di
peringkat awal.''
Kajian
Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat
penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun
ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular
dan diabetes di negara ini.
Persatuan
Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada
penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan
menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.
Apa itu tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.
Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.
Dari
saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan
seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi
dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
Punca
-
Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan
arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung
yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan
darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan
lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah
tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu
dicegah dan dikawal.
-
Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok.
Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur
darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.
Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
-
Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh
menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan
mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
Tekanan
darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini
seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja
lebih.
- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
Proses
penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis,
seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
Buah
pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan
perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin
diperlukan.
- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri
berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung
tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai
angina boleh berlaku.
Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif
Tekanan
darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah
masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya
bagi keperluan tubuh badan.
Langkah-langkah pencegahan
Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Langkah-langkah
ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif,
mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan,
sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan
makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Rawatan
Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.
Sasaran
bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit
yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah
pinggang.
Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.
Sekiranya
perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan
darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah
tinggi.
Shaklee tampil dengan set basic darah tinggi yang berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi di smping pengambilan makanan yang berkhasiat

Omega Guard
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh
badan kita.
Fungsi EPA
- Mencegah kanser
- Mencegah pembekuan darah
- Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
- Baik untuk pesakit jantung
- Menghindar tekanan perasaan
- Mencegah penyakit darah tinggi
Tugas DHA
- Mencegah asma
- Meningkatkan daya seksual
- Mencegah sakit kulit
- Mengelakkan kanser payu dara
- Mengelak kanser prostat
- Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
- Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?
Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi
ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan
muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan
DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3
yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu
memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi,
omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan
proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan
semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan
plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Garlic Complex
Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
- Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein
- Menurunkan tekanan darah
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
- Berfungsi sebagai anti-oksidan
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
- Bantu rawat asthma
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan
Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic
dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang
digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan
2 ulas bawang putih segar.
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
mengandungi ekstrak spearmint.
2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
kulat, kuman, virus dan yis candida
3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
dalam tubuh tanpa kita sedari.
7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.
8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
pergelangan kaki
10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
sistem air kencing
Sekiranya anda atau
ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan
jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda
berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa
panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara
kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia,
perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.
berminat??
sms/whatsapp laju2 k
013.206.0902