Showing posts with label MGTT. Show all posts
Showing posts with label MGTT. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

MGTT ?? GDM??? apakah??


Apa itu MGTT?

MGTT is singkatan kepada Modified Glucose Tolerance Test. Ujian ni dibuat untuk memastikan darah tidak mengandungi gula yang berlebihan. Dalam istilah mudahnya, ujian ni bagi mengesan ibu-ibu hamil samada mengidap kencing manis @ diabestes atau tidak. Biasanya ujian dibuat semasa usia kandungan 28 minggu ke atas, dan ujian hanya dilakukan ke atas ibu-ibu hamil yang berisiko sahaja.


  • berumur 25 tahun keatas. (sekarang sape yg preggy 25 tahun keatas WAJIB buat )
  • Mempunyai masalah diabetes/kencing manis sebelum mengandung/hamil.
  • Sejarah keluarga.
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan / BMI tidak seimbang. 
  • Pertambahan berat badan yang mendadak. ( kalau normal kandungan 5 bulan pertama naik 0.5kg/month kandungan 6 bulan dan seterusnya 0.5kg/weeks )


Risiko kalau ibu ada kencing manis adalah :-

  • Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
  • Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
  • Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
  • Cecair likuor dalam kantung meningkat.
  • Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
  • Bayi sukar bernafas.
  • Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).



GDM

Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.

GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.

GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.

Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.

Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.

Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.

Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.

GDM adalah berbahaya???

GDM, jika tidak diurus dengan baik boleh membahayakan bayi anda.

Paras glukosa darah yang tinggi dalam aliran darah anda boleh memasuki plasenta, dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi.

Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.

Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).

Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran.

Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan, masalah pernafasan dan penyakit kuning (jaundis) yang berlarutan.

Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean.

Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.

Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan.

Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah – seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan sehingga 58 peratus risiko menghidap diabetes jenis 2.

Merawat GDM

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus dan dirawat.

Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.

Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan.

Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.

Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.

Ubat antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.

Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi.

Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi.

Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil).

Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.

Adakah anda berisiko?

Anda berisiko tinggi menghidap GDM jika:

  • Berumur 25 tahun atau lebih
  • Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
  • Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
  • Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
  • Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.
Doktor akan menjalankan ujian cabaran glukosa ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi.

Anda akan diberikan minuman berglukosa dan selepas itu (biasanya sejam kemudian), sampel darah akan diambil untuk menentukan paras glukosa darah.

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.

Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM.

Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara (NADI).

Kisah MGTT dan BSP part 1

Assalammualaikum uollsss
ngeee~

dah berabok kot blog ni
wakakaka
yolah hai
sejak ngandong malas plak aku nak menaip
padahal banyak je benda nak citer
wat tatapan di hari tua
ecece
naseb baek customer2 sume da pandai call
" kak,muka saya berjerawat la..amik GLA ok x?"
" eh harus lah ok..mmg di galakkan" jawab ku sambil tangan ligat memilih baju baby di pasaraya
haaaa....pasaraya gitewww

hmmm....baby dah masuk 32 minggu dalam perot ni
cukop maen suka ko bergelinjang kat dalam tu kan
senget benget perot mak ko ni ha
sampai kena pakai tudung labuh sket tutop perot sbb nnt org nmpk perot aku berombak2 di kejekan dek budak kecik kat dalam ni
eh..wakakaka

aritu kantoi MGTT...cisss
ni sume pasal makan buah manis2 la ni
ceh..salahkan buah lak
muahaha~

aritu kol 7.20 aku dah terpacak kat KK Kapar nun
pintu klinik pon x bkk lagi tapi org da ramai tggu
bila nampak je acik nurse india tu datang cecepat aku jalan g pintu
dapat la no giliran ke 8
berdebar2 jantung siot
yela...pestime nak minom air gula kot
da la bila aku gugel sume nye memomok kan aku dengan citer yang x best 
x membantu langsong hokey!!
ngeee~

tunggu punya tggu sampai la giliran aku
k..sila masuk dengan macho ye
hahaha

kena amik darah kotttt
aku bajet amik kat ujung jari je
sekaliiii...hamik ko
jarum gemok yang amat
cisss....dah la lapo
oh..ye korang kena puasa start kol 10 malam hokey
cari2 urat x jumpa
4 kali dia cucuk aku x jmpa urat!!
sakit weiiii
naseb baek nurse tua kalo muda mmg aku dah maki
walopon jaoh di sudut ati aku rasa nk tendang kerusi nurse tu
eh...hahaha
last2 dia amik darah sket yang keluar kat kulit aku tu je
ngeng tau
so bacaan awal ialah 4.2 je..
maksudnya normal la utk yang berpuasa
kang rendah sangat cm x logik plak
pastu masuk bilik sebelah utk minum air gula
dalam cawan plastik yang berkaki tu



lebih kurang banyak ni la
naseb baek dalam bilik tu ada kerusi
laju2 aku duduk
air tu suam lagi
so xde masalah sangat la
walopon rasanya x sedap mana
rasa dia cmne?
mmmm....
korang pnh makan cotton candy@gula2 kapas tu x?
haaa.....camtu la rasanya tapi dalam bentuk air
bagi aku la..



sebenar nye tu air glucose je
bkn lah air gula pasir tu
xla terok mana rasanya
mungkin sbb suam kot
aku minom sket2
tp akak tu minom skali teguk je
rilek je dia..
dia ckp tu kali kedua dia minom
errkkkk...kena minom banyak kali ke?
waaa....
eh..x..dia mmg ada kencing manis (GDM) sejak anak kedua
ooo....lega den
dah abes minom kena tggu 2 jam plak
adoiyaiiii...
da la lapa + ngantok
last2 aku balik umah je
almaklumla umah dekat je
ngeeee
sampai umah aku membongkang tido
hahaha
 cukop 2 jam aku blk klinik
masuk amik darah lagi
tetapla xjumpa urat
eh..korang ni nape
manjang x jumpa urat aku
ke urat aku yang dah banyak putus?
kahkahkah
eh..xyah nak gelak sangat la ye
result aku 7.9 hokey
patot nye..7.8 je!!
cissss
terlebih 0.1 lak
hahha
nurse cakap jumpa je la doktor
lagi pon aku ada mslh HB rendah
puiii!!
eh...
tros rasa down
kikiki~
dalam bilik doktor aku tnya...

"terok sangat ke result MGTT saya tu doktor"
"eh..tak..7.9 ni just border line je..kalau swasta atas 8...kita just nak pantau je"

fuhhh...
lega...
tros aku nampak doktor india tu cantek gila walopon dia agak "sihat"
heeee~

tapiiiiiiiiiii
kena wat BSP
xpe la nakkkk...mak redhoooooooooo
redhoooo la sangattttt
wakakaka

pastu doktor bagi tarikh untuk ceramah diet dengan pakar zat pemakanan
kompom la aku x g
wakakaka
aku baru je amik cuti kot
pandai2 la aku diet sendiri nnt
ngeee~

BSP ni kena buat 4 kali sehari
gilooo ahhhh
kurus aku ulang alik ke KD Tok Muda tu
kol 8 tepat aku da terpacak kat situ
nurse tu boleh lak terkejut sbb aku kena wat BSP
muahaa~
jangan ko sangka orang kurus xde risiko GDM ye
eh..kurus ke kalo berat 55kg tu
wakaka

sebelom wat BSP ni cam biasa la ye kena puasa gak start kol 10 malam
amik darah ujung jari je
kalo kena amik pakai jarum besar tu mmg aku jotos kepala nurse tu
hahaha

so result aku untuk BSP kali pertama ni

8.00 pagi - 4.7 (puasa dari 10 malam)
10.00 pagi - 4.2 ( sarapan = roti gandum sekeping + air kosong)
2.00 ptg - 5.0 (lunch = nasi putih + sayur bayam + fish cake + air kosong)
8.00 malam - 4.4 ( pau goreng + keropok lekor + roti sardin + buah jambu + air kosong)

wakaka
sila jangan ikut diet aku untuk yang malam tu ye
tu sebab aku kebulur giler nak mati
pasrah je 
pas makan rasa nyesal sampai nak hentak kepala atas lantai
huahuahua~

oh ye...sila dan wajib puasa 2 jam sebelom amik darah ye 

blk umah suami aku upah nasi putih + lauk sardin + telur dadar
oh heaven!!
kahkahkah

repeat BSP 2 minggu lagi
harap2 sume ok
naseb baek dah nak beranak
sian aku pada mereka2 yang terpaksa wat BSP ni dr trimester pertama lagi
eh..
xpe..untuk baby gak
nak baby sihat takkkkkkkkkkkkk?
sila usap perot

=)

k dah..
aku dah kebulur ni
bye
nnt aku citer apa itu MGTT ngan BSP serta diet2 nye