Assalammualaikum uollsss~
petang ni terpanggil nak share post dari seorang doktor ni
https://www.facebook.com/syamirulah
dapat dr FB
Pe yg doktor ni cakap mmg betol
kebanyakn ibu2 baru ni terlalu ikutkan kata2 org tua
bkn nak ckp semua pe yg org tua ckp tu salah
x semua
di ulang TAK SEMUA ye kawan2
pengalaman saya sendiri..
anak saya lahir pra matang
x cukop 36 minggu pon
suntik Dexa untuk matangkan paru2
dah keluar kena jaundice plak
makin hari makin naik
masuk hspital
dok bawah lampu tu pon turn sket
risau,takut,bimbang sume ada
sape yg x takut kan
sape yg x bimbangkan
bila tgk anak dok bawah lampu tu
kalau kaya dah lama beli lampu tu bwk blk umah
sbnr nya ibu berpantang yg jg anak kuning ni merbahaya hokey
bahaya dr segi emosi maksud saya
stress dengan pantang yang tunggang langgang
anak lagi
jaundice lagi
last2 saya surrender
mntk doktor nk balik umah
pa pe jd sy bertanggungjawab
mintak nk ulang alik ke KK untuk check darah
hari2 pon xpe
saya rela
dari dok hspital
menambahkan tekanan emosi
silap2 boleh meroyan
balik umah pelbagai usaha sy buat
dan x dinafikan memang saya cuba semua petua org lama untuk turun kan kuning tu
tapi BERPADA - PADA
bunyi pelik2 mmg saya x buat
bagi saya susu ibu mmg jalan terbaek
tp cm saya mmg ada mslh dengan susu ibu
mungkin sbb stress
sy bg anak susu formula gak
saya mengaku
walopon x rela
saya rela kan gak sbb nk pastikan dia kencing dan berak selalu
ye..
itu motip saya..
kencing dan berak selalu
sbb bg saya itu je cara nk bagi kuning turun...
Alhamdulillah..
berkesan..
=)
jom baca cerita ni
jadikan pengajaran
saya simpan cerita ni dalam blog untuk sy bc
untuk bayi saya
yg x tau bila
=)
semoga saya x lupa
anda juga...
"Apa? Serum venous bilirubin, 27?!"
Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh jururawat, terdapat sebuah kes baru bayi berumur
4 hari, dirujuk dari klinik kesihatan kerana paras bilirubin (kes neonatal jaundis = NNJ = kuning) yang tersangat tinggi. Kebiasaannya untuk hari keempat, kita mengambil bacaan 14 - 15 sebagai normal. Paling tinggi pernah saya jumpa pun, 20, 21.
Selesai menyemak surat rujukan, saya segera mendapatkan bayi tersebut. Kuningnya menyeliputi seluruh badan, termasuklah mata hinggalah tapak kaki. Saya segera menguji refleks Moro - bayi didudukkan, kemudian sengaja dilepaskan untuk melihat reaksinya. Tanda-tanda awal berlakunya kernicterus - komplikasi mengancam nyawa akibat NNJ - adalah sekiranya refleks Moro ini hilang. Alhamdulilah, bayi tersebut masih lengkap refleks Moro nya. Saya sengaja menjentik tapak kaki bayi tersebut, membuatkannya menangis dengan kuat. Alhamdulillah, tiada high pitch cry - juga menandakan tiada tanda komplikasi kernicterus.
"Apa ceritanya, encik?"
Saya terus menyoal ibubapa bayi berkenaan. Paras 27 terlalu tinggi, untuk ianya terjadi dengan sendirinya. Tambahan pula dalam keadaan bayi yang bukan berisiko - lahir cukup bulan, tiada masalah kelahiran, berat badan ok, jenis darah ibu pun bukannya O atau darah negatif.
Bapa bayi berkenaan masih terdiam.
"Di rumah, menyusu ok tak?"
"Ok, tapi kami ada sulam dengan susu formula juga sebab susu ibu tak cukup." jelas sang isteri.
Anak sulung, maka ianya difahami. Selalunya ibu-ibu sulung ini masih tidak biasa dalam teknik menyusu, tak berpengalaman lagi menentukan "susu cukup" atau tidak.
"Susu formula, yang khusus untuk bayi baru lahir atau macam mana?"
"Memang untuk yang bayi baru lahir, doktor." Jawab bapa berkenaan.
Kadang-kadang, ibubapa tersilap memberi susu formula jenis yang tidak bersesuaian kepada bayi mereka. Ini pun boleh menyebabkan kuning yang tinggi juga.
"Selain itu, ada tak bagi makan benda-benda lain?" tanya saya lagi.
"Err...ada doktor."
"Semalam, mak mertua saya bagi dia makan serbuk mutiara, doktor." sampuk sang suami.
"Apa?? Benda apa tu?" Soal saya laju.
"Mak mertua beli di kedai herba cina. Orang kata, dapat cegah jadi kuning."
"Bagi macam mana tu?" Tanya saya lagi.
"Dua kali, semalam pagi satu camca, petang satu camca juga." Jelas ayahnya.
"Sebelum bagi tu dah kuning macam ni ke?"
"Tak, pagi ni saja bila bangun tengok-tengok kuning macam ni."
"Encik pasti ye, bahan tu serbuk mutiara? Ada lebihan tak untuk dibawa ke sini? Mungkin tak kedai herba tu tersilap bagi ke?"
"Dah habis, doktor. Tak pasti la pula kalau tersilap. Ini anak sulung kami, kami tak pernah bagi lagi. Tapi tok dia duk biasa bagi kat cucu-cucu lain, takpe je." Jelas sang isteri pula.
Saya menghela nafas panjang.
"Encik dan puan tahu kan, keadaan anak sekarang ni? Apa yang encik faham bila anak diminta masuk wad ni?"
"Yang saya diberitahu, sebab paras kuning dia tinggi." jawab sang ayah.
"Encik, paras kuning iaitu bahan bilirubin dalam anak encik, adalah sangat tinggi. 27. Kalau untuk bayi pada usia hari keempat, kebiasaannya 14 ke 15 sahaja. Ini dah hampir dua kali ganda."
Lelaki tersebut nampak bersahaja. Belum memahami agaknya.
"Bahan bilirubin ni, macam karat dalam enjin kereta. Bila di paras yang tinggi, ia boleh mendap di otak, di telinga. Akibatnya anak boleh kena sawan, boleh cacat otak, boleh jadi pekak!"
Baru bundar mata bulatnya.
"Penyakit kuning ni asalnya je kebiasaan, dan boleh hilang dengan sendirinya. Namun yang kita khuatir bila dah tinggi sangat sampai macam ni. Puncanya bilirubin ni datang dari darah yang pecah, ianya normal bila bayi baru dilahirkan, akan ada perubahan sistem darah dari ketika dalam kandungan ke alam biasa. Itu yang biasanya."
"Namun bagi bayi, darah boleh pecah juga apabila bayi terdedah kepada bahan-bahan kimia tertentu yang badan bayi tak boleh proses. Sebab tu kita sering mengingatkan ibu-ibu yang baru selepas melahirkan anak, untuk seminggu dua pertama tu jangan makan makjun jamu herba etc lagi. Sebabnya kita tak tahu apa bahan ada dalam ramuan tu, yang apabila ibu makan, bahan tu boleh masuk ke susu ibu seterusnya masuk dalam badan bayi, menyebabkan kuning."
"Namun dalam kes anak encik ni, saya syak disebabkan bahan serbuk mutiara tu lah. Encik kata anak-anak saudara yang lain tak apa je makan serbuk mutiara, tak ada masalah. Encik kena faham, setiap bayi berbeza-beza reaksinya. Begitu juga, kita boleh meragui, betulkah serbuk mutiara yang diberi, atau mungkin bahan lain. Sebab itu kita selalu gesa kepada para ibubapa, untuk dua bulan pertama, lebih-lebih lagi baru lahir macam ni, tak perlu bagi apa-apa ubat atau suplemen tambahan! Badan bayi, buah pinggang, hati bayi yang baru lahir, semuanya belum cukup matang dan kuat nak memproses benda-benda macam ni."
Lelaki berkenaan memekupkan muka ke tangannya. Bergenang air matanya. Mungkin baru menyedari akan kesilapannya itu, boleh menyebabkan nyawa bayi sulung yang tak sampai seminggu ditatangnya, terancam.
"Habis sekarang ni macam mana, doktor?"
"Ok sekarang macam ni. Saya kena ambil sedikit darah anak encik, untuk kita jalankan beberapa ujian. Pertamanya, kita nak ulang balik bacaan bilirubin tersebut. Ada kemungkinan mesin di klinik tadi bermasalah menyebabkan bacaan silap, tetapi memerhati pada kulit bayi yang kuning macam ni, saya tak rasa ianya silap.
Jika bacaan masih lagi di paras berbahaya, kita akan buat satu prosedur yang dinamakan Exchange Transfusion. Dalam prosedur ini, kita akan keluarkan sejumlah darah dari badan anak encik, dan kita akan masukkan darah baru dari tabung darah. Secara ringkasnya, darah lama yang mengandungi bilirubin yang tinggi tersebut perlu ditukarkan dengan darah baru."
"Allah....tak ada cara lain ke doktor..." Rayu lelaki tersebut. Sang ibu sudah teresak-esak di bahunya.
"Saya pun berharap kita tak perlu buat prosedur ini, kerana prosedur ini pun banyak risiko komplikasinya. Antaranya termasuklah jangkitan kuman, allergy terhadap darah dsb. Namun bagi kita doktor, komplikasi untuk kuning tinggi ini lagi teruk, boleh membawa kesan yang kekal seperti cacat otak malah boleh menyebabkan kematian. Encik kalau takmahu buat prosedur ini, kami takkan buat, tetapi encik mesti faham kesannya. Sebab itulah dalam keadaan macam ini, kami sangat-sangat gesa agar prosedur ini dibuat. Kami biasa jumpa, kalau bayi kuning setakat 15, 16, ibubapa takmahu rawatan nak bawak balik anak untuk perubatan tradisional, itu pun kami berat hati nak benarkan. Inikan pula 27, sangat tinggi, kesannya sangat buruk encik..kesian kat anak!"
Namun sementara menunggu keputusan dari makmal, saya akan start lampu intensive phototherapy untuk anak encik. Lampu ini akan memecahkan bilirubin, tetapi kesannya lambat serta terhad kepada bilirubin dibawah kulit sahaja. Saya pun akan start bagi air melalui jarum, harapnya dapat "flush out" bahan kimia dari badan bayi encik ni."
"Baiklah doktor, saya serahkan yang terbaik untuk doktor."
Saya bergegas mengambil darah bayi berkenaan, dan set up branulla untuk IV drip. Dalam masa yang saya, saya menghubungi MO yang sedang sibuk di NICU, dan memberitahu perkembangan terkini bayi berkenaan. MO sudahpun berbincang dengan pakar, dan green light sudah diberi untuk prosedur Exchange Transfusion sekiranya paras masih tinggi.
Kali terakhir Exchange Transfusion dijalankan di hospital kami, adalah sekitar 5 tahun lalu. Keberkesanan kempen pencegahan serta rawatan fototerapi awal menjadi kebanggaan kami, apabila komplikasi severe neonatal jaundis dan kernicterus dapat dicegah dan diminimumkan.
Sejam kemudian, keputusan darah bilirubin bayi berkenaan balik.
"30. Makin meningkat!" getus hati saya.
"Minta maaf encik, hasil keputusan yang kita ulang tadi, menunjukkan bacaan 30, makin tinggi. Dalam keadaan sebegini, kita tak boleh tunggu lagi, kita kena proceed juga dengan exchange transfusion." saya menjelaskan, sambil menghulurkan borang consent.
"Mengikut pengiraan, kita perlu tukar darah sebanyak 450cc, kira-kira satu paket. Saya dah menghubungi tabung darah tadi, untuk menyediakan darah. Namun saya diberitahu, darah anak encik, jenis A+ve, tiada stok buat masa ini. Tapi takpe, kita dah hantar pasukan tabung darah kita untuk ambil darah tersebut dari Alor Setar, inshaAllah 2 jam lagi darah tersebut sampai."
"Doktor, saya harap sementara tunggu darah tu sampai, doktor ulang lah sekali lagi ujian kuning tersebut...saya rayu sangat-sangat..kalau boleh tak perlulah sampai tukar darah.." rayu sang bapa dengan linangan air mata.
"Tapi encik, kalau kita ulang pun, saya tak rasa ia akan turun, meskipun kita dah pasang lampu start IV Drip apa semua. Kalau turun pun, sikit sangat."
"Tak apa doktor..saya mohon sangat-sangat untuk ulang juga..bagi lah peluang kat anak saya.."
"Ok encik, saya cuba bincang dengan boss dan pakar dulu ye encik."
Saya mengangkat gagang telefon, dan memaklumkan hal itu kepada MO. Seterusnya MO berbincang pula dengan pakar.
"Ok tak apa Syamirul, awak tunggu lagi sejam, kemudian ulang balik SBV. Kalau masih tinggi lagi, kita proceed dengan ET. Tapi kalau dah kurang alhamdulillah lah, tak payah proceed, cuma awak la kena call MO Blood Bank bagitau kata nak cancel request blood." Jelas MO. Hee nasiblah.
"Ok encik, lagi sejam saya akan ulang tengok, kita tengok macam mana ye." Jelas saya kepada pasangan tersebut.
Sepanjang saya memerhatikan pasangan tersebut di ruangan menunggu, mereka tak putus-putus berdoa. Tak berhenti-henti berjuraian air mata. Saya menunjukkan sang suami arah ke bilik air untuk berwuduk, serta ruang untuk bersolat.
Dalam masa yang sama, saya turut berdoa didalam hati. Semoga dengan phototherapy, dapat menurunkan paras bilirubin tersebut. Semoga dengan IV drip yang mengalir masuk, membersihkan dan menghanyutkan segala sisa bahan kimia keluar dari jasad anak kecil ini. Dengan izin Allah. Walaupun kepingin untuk melihat prosedur ET yang jarang-jarang dilakukan tersebut, namun saya sangat kasihankan bayi berkenaan. Meskipun paras bilirubin dah berkurangan, tiada jaminan bahawa otaknya atau pendengarannya tidak terkesan dek terdedah kepada paras yang tinggi untuk tempoh yang lama. Komplikasinya mungkin hanya dapat dikesan dua tiga tahun akan datang.
Dalam masa yang sama juga, hati saya berombak-ombak menahan marah dan geram. Bukan kepada ibubapa ini, tetapi kepada pihak yang bertanggungjawab mempromosi benda pelik-pelik kepada masyarakat. Pihak yang berlagak pandai, memperlekeh nasihat yang diberikan doktor dan hospital, menolak perubatan moden dan mahu kembali ke perubatan tradisional yang kononnya lebih natural, lebih berkesan, lebih "sunnah". Bila jadi macam ni, kami doktor juga yang pening kepala merawatnya. Kesannya kepada adik ini, lebih-lebih lagi jangkamasa panjang, ada mereka kisah? Mereka share testimoni dan cerita-cerita kononnya betapa kaedah mereka itu berjaya. Ada mereka share kisah bermasalah seperti bayi ini? Ada pernah mereka handle komplikasi sebegini? Ada mereka mengaku bertanggungjawab akibat dari "nasihat" mereka tersebut?
Saya tidaklah kata doktor ni boleh rawat semua penyakit, with 100% success rate. Kami pun, merawat dengan ikhtiar dan izin Allah juga. Yang bezanya, kami menanggung tanggungjawab. Rawatan tak berjaya, kami bertanggungjawab. Jadi komplikasi, kami bertanggungjawab. Kami ada evidence-based medicine. Kami ada protokol, ada guidelines.
"Serbuk mutiara" ubat tradisional konon. Dah jadi macam ni kat anak kecil ni, siapa nak bertanggungjawab? Kepada orang yang memujuk/menghasut ibubapa ini untuk memberi serbuk mutiara kepada anak kecil ini, jangan ingat anda boleh terlepas. Di akhirat, pasti ada bahagian untuk anda. Itu janji Rasul.
Lamunan terhenti. Sejam kemudian, saya mengulang kembali bacaan SBV bayi berkenaan.
Dan bacaan SBV bayi ini menunjukkan, 22.5. Alhamdulillah.

teruja membacanya...thanx sbb byk info yg diperoleh..
ReplyDeletehai fyzah..
ReplyDeletesharing is caring kan..=)
Alhmdulih .nasib baik terbaca bloq nie.
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDeletebru bg anak sesudu..menyesal x sdh..hurmm..kembali ke bresfeeding even bengkak mata kami berdua..sanggup even dah anak ke 3..nyawa anak plg berharga buat kami..thanks to diz blogger
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteTerbaca blog ni..alhamdulillah dpt ilmu. Dewasa pun dinasihatkan ambil serbuk mutiara setengah sudu tiap 3 hari..ini kan pula bayi baru lahir..kadang2 nasihat org tua ni kita perlu fikir
anak sye kena kuning 2 minggu lepas tu ibu mentua sye cakap mandi dengan air herbalah,mandi dengan daun kucailah,patu bagi serbuk mutiara patu mandi dengan air beli kat sei sei bagi minum susu kambing yg ada jual di petronas last2 kulit baby makin menipis last2 ge klinik doktor kata ank ezecema jadi skrg mmg susah nak jaga bj kena basuh pakai tangan dengan pencuci dia makan pun kena pantang kulit jadi alergik dan sensitif x boleh pakai sabun atau lotion yg jual kt pasaraya sye pun baru ank pertama jadi mmg ilmu tu kurang mcm mana ye nk hilang kn ezcema tu ada ubt x
ReplyDeleteThanks and that i have a swell proposal: How Much Is House Renovation Loan In Pag Ibig home renovation services near me
ReplyDelete