Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Friday, 9 May 2014

Kesan kekurangan vitamin C pada tubuh badan dan cara mengatasinya~




Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan Vitamin C?

Kekurangan Vitamin C dalam badan berlaku kerana kekurangan jumlah Vitamin C yang cukup di dalam diet atau pemakanan kita. Lama kelamaan, kekurangan vitamin C ini akan menyebabkan kolagen baru tidak boleh dibentuk. Ini menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula untuk pecah lalu pembaikan tisu badan boleh terjejas. Sekiranya berterusan, sehingga kekurangan Vitamin C yang kronik, biasanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan atau lebih, boleh membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai skurvi.

Apakah tanda-tanda pertama kekurangan Vitamin C?

Keletihan dan badan berasa lemah.
Sakit otot dan sendi.
Mudah lebam.
Tempat-tempat yang kelihatan seperti lebam merah-biru pada kulit.

Gejala-gejala lain boleh berlaku termasuklah:

Kulit menjadi kering.
Rambut bercabang.
Bengkak dan perubahan warna pada gusi.
Berlaku pendarahan dari gusi.
Hidung berdarah.
Penyembuhan luka yang lambat.
Masalah melawan jangkitan.
Pendarahan dalam sendi, menyebabkan sakit sendi yang teruk.
Perubahan dalam tulang.
Kehilangan gigi.
Penurunan berat badan.

Jika tidak didiagnosis dan dirawat, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit kuning, bengkak, sesak nafas, masalah saraf, demam dan sawan. Pendarahan di dalam otak dan di sekitar jantung boleh menyebabkan kematian pada sesetengah orang dengan tidak dirawat kekurangan vitamin C.


Kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee

✿Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

✿Memperbaiki Simptom Pendarahan

 -Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih
dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✿Peningkatan Sistem Imun 

- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel
darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun,
pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan
simptom selsema.

✿Memerangi kanser 

- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh

dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia
berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✿Mencantikkan Kulit 

- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan
penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama
kejadian jeragat.

✿Memperbaiki Insomnia 

- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✿Mengekalkan kolestrol sihat 

- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang
sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Keperluan Vitamin C dalam Badan:
Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi

Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam

Menguatkan struktur gigi dan gusi
Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C

Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)

Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites

Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)

Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.

Membantu dalam proses pemulihan kudis

Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru

Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.



berminat?

013.206.0902 lelaju hokey!!

=)

Monday, 16 December 2013

Kebaikan Sustained Release Vitamin C 500mg yang ohsem!!

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.
 
Jom kita baca fakta tentang Vitamin C ni...

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
 
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
 

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
 
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
 
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
 
Nampak kan kehebatan dan ke[pentingan vitamin c ni pada tubuh badan kita
ngeee~


Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg
Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....
 
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C akan di lepaskan sedikit demin sedikit.Secara kesimpulannya, tubuh badan kita akan sentiasa mendapat bekalan Vitamin C yang secukupnya untuk sepanjang hari!! 
 
Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
 
 
 
 
 
berminat????
 
sms/whatsapp laju2 k
 
013.206.09052