Showing posts with label set berpantang. Show all posts
Showing posts with label set berpantang. Show all posts

Friday, 14 March 2014

Meroyan...dan set bersalin yang superbbb~




Meroyan
rasanya ramai antara kita yang pernah dgr perkataan meroyan ni
dulu saya selepas bersalin benda inilah pertama yang ada dalam fikiran
x dinafikan berpantang adalah satu tempoh masa yang sangat mencabar apatah lagi ketika itu saya bersalinkan anak pertama
tiada pengalaman
anak masuk hospital akibat kuning saya yang tak tido 1 malam
sebab apa?
sebab risaukan anak
anak saya ketika itu tidak pandai menyusu direct lagi
ambil masa untuk rangsang mulut dia ke puting
x henti2 mesej ibu saya di rumah bertanya tentang itu dan ini
al maklumlah saya bergantung sepenuhnya pada pengalaman ibu saya
pengalaman org2 tua kan
sebelah kanan katil saya ketika itu seorang kakak yang baru melahirkan anak ke empat
di sebelah kiri pula seorang kakak juga melahirkan anak ketiga
saya sentiasa memerhatikan cara mereka melayan anak
membedung anak,menyusukan anak sampai lah cara mereka tidur kan anak.
dengan berstokin,jalan pon terkepit2 sebab luka jahit blom baik sepenoh nya amatlah menyiksakan
katil saya pula ketika itu btol2 berhadapan dengan kaunter nurse untuk bayi jaundice
wad itu pula bergabung dengan wad kanak2
jam 2,3 pagi saya masih terdengar bunyi siren ambulan
nampak kanak2 yang di sorong masuk wad
semua itu mendatangkan stress pada saya
dan sungguh..pada ketika itu saya terdengar seperti TV sedang ON
saya tercari2..
mmg xde..hospital mmg akan tutop tv selepas tgh malam
saya mula takut..
mula risau..takut terkena meroyan
saya belajar bertenang
belajar rileks dengan bermain2 dengan anak
nasib saya baik sebab kakak sblh katil tu sk bercerita
tentang pengalaman dia kehilangan anak ketiga
pengalaman bersalin paksa oleh doktor di sebabkan umur nya yang agak banyak untuk mengandung
saya jadi leka
lupa dengan stress
Alhamdulillah esoknya saya boleh keluar wad
syukur..
saya susukan anak sepanjang malam
saya pastikan anak kencing dan berak berkali2
biarlah pampers abes skali pon
saya rela asalkan kuning tu keluar
walopon saya pelik tiap kali najis anak saya cm warna air yang bisa guna kat skolah tu
jenama buncho
hahaha

APA SEBENARNYA MEROYAN ?

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini. 

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan. 
Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:

perasaan putus asa;
bersalah;
amat letih;
muram;
sering menangis;
sunyi;
gelisah;
terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum. 

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda. 
Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kami kurang mengetahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti: 

Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
Mendapati sukar untuk menyusu badan.
Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.


Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Yang penting untuk diingati tentang meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda akan pulih. Ia boleh dirawat dengan: 

Terapi berbual 
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu. 

Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri. 

Antidepresi 
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh. 

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
fluoxetine (Prozac);
sertraline (Lustral);
paroxetine (Seroxat);

Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru. 

Ia kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit. 
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda. 

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum. 

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami dengan jelas risiko-risiko yang ada dan manfaat yang boleh diperolehi. Anda kemudian boleh membuat keputusan yang berasaskan maklumat tentang apakah pilihan yang paling selamat bagi anda dan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan disebabkan antidepresi dan ikutilah nasihatnya sebelum anda berhenti mengambilnya. 

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 

Makan makanan yang sihat dan seimbang 
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. 

Buat senaman ringan 
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain. 

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri. 
Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda. 

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga. 

Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda. 
Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda. Menolong menjaga bayi anda untuk satu jam pun, supaya anda boleh bersama-sama suami, akan membantu menyegarkan anda. Anda boleh meminta orang-orang tersayang membaca artikel kami tentang bagaimana menolong seorang yang menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum. 

Bolehkah saya mengelakkan daripada meroyan atau kemurungan posnatum?

Jawapan pendeknya, kami tak tahu. Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Bukti untuk ini tidaklah kuat, tetapi anda mungkin mahu mencubanya jika anda mempunyai sejarah kemurungan atau meroyan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda. 

Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda. 

http://www.babycenter.com.my/a1044775/meroyan-kemurungan-posnatum#ixzz2vtWyxWO2

Shaklee telah mencadangkan set bersalin yang lengkap untuk ibu2 selepas bersalin



Vita-lea , multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.

Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B-complex , mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vita C , mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

ESP, non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.

Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.

Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.

Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.

Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Omega guard, minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


more info?

harga terbaek?

ask me..

013.206.0902

Saturday, 14 December 2013

Vitamin- vitamin yang TIDAK boleh di ambil sewaktu mengandung






menjadi lumrah untuk semua ibu mengandung untuk consume semua vitamin yang di perlukan
terutamanya untuk ibu2 yang mengandung anak pertama
perasaan takut,risau dan berdebar2 itu sentiasa ada
bimbang jika terkurang vitamin akan terjadi sesuatu pada kandungan
sebab itu lah \shaklee tampil dengan set mengandung yang membekalkan segala dan semua vitamin yang di perlukan oleh ibu dan juga bayi

tetapi....

harus di ingat ye
tidak semua vitamin sesuai dengan ibu mengandung

disini saya senaraikan vitamin yang TIDAK boleh di ambil semasa mengandung dan juga kesan2 nya jika di ambil juga...

VITAMIN YANG PERLU

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah :
  • protien, 
  • multivitamin yang lengkap dengan zat besi,
  •  vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,
  • Vitamin C, 
  • Kalsium dan 
  • Omega.


FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi :
Demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex :
Penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : 
Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium :
Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega :
Membantu pembentukan sel otak.



vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah:
  • Vitamin E, 
 vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.
  • Alfalfa, 
         ia adalah sejenis herba, antara kemungkinan yang tidak diingini adalah berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga- jaga
  • GLA, 
  Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon adalah antara supplement yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberikan risiko keguguran.

  • Vivix, 
 mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas.

  • DTX Complex
  • Garlic Complex
  • Herb lax
  • Lecithin
  • Nutriferon
  • CaratoMax


Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.




dapatkan set kehamilan,set menyusu,set berpantang dengan harga yang terbaik!!

sms/whatsapp 013.206.0902



=)










































Sunday, 17 November 2013

Set Bersalin dan berpantang





SET BASIC
1. b-compleks
2. vitamin c
3. vitalea
4. zinc

untuk ibu yang ingin menjayakan penyusuan dan boleh terus makan semasa berpantang
add on
1.ESP
2. OStematrix
3. alfalfa

Kebaikan setiap satu set berpantang shaklee

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

(5) esp: mempercepatkan peghasilan susu, memberi tenaga, menganjalkan otot2, membantu ibu kembali slim selepas mengandung 9 bulan, kulit berseri2, rambut yang sihat

(6) ostematrix: bagus utk megelakkan sembelit, badan terasa ringan walaupon kerap berjaga pada mlm hari, memberi bekalan kalsium, mengurangkan rasa kebas2, semut-semutan













































Wednesday, 13 November 2013

Set Berpantang Shaklee


Ramai ibu2 muda sekarang yang susah nk telan jamu2
termasuk la saya ye~
hahaha~
pakai bengkung pon cukop main malas lagi
selalu berdoa kalo la ada set berpantang yang mudah kan bagus
dan akhir nyaaaaaaaaaa
terjumpa la Shaklee
yeay..
Alhamdulillah
berpantang sekarang lebih mudah dari dulu
xyah berkerut2 muka nk telan jamu tu
walopon pil tapi baunya tetapla menusuk ke rongga hidung
hahaha
sekarang
tadaaaaa...
Shaklee da ada set bersalin ye kawan2...


1) Bcomplex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.  Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

5) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

6) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

7) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.
 
 
 
 
best price??
 
PM me k
 013.206.0902
zarina.sharudin@gmail.com