Showing posts with label set kesuburan wanita. Show all posts
Showing posts with label set kesuburan wanita. Show all posts

Monday, 6 April 2015

Set Kesuburan Bajet Ohsemmmm~



kehadiran cahayamata adalah perkara yang sangat di tunggu oleh mereka2 yang telah berkahwin
sape la yang xnak anak kannn
tapi kita hanya merancang
tuhan yang menentukan
tapi selain merancang kita kena gak usaha
doa tanpa usaha x guna gak

jom kita baca psal set bajet hamil dr Shaklee ni



For Mommy To Be....

GLA COMPLEX:

GLA Complex diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). 


ALFALFA COMPLEX:

Alfalfa Complex diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.



For Daddy To Be...

VITA-E COMPLEX:

Vita-E Complex terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


ZINC COMPLEX:

Zinc Complex sangat penting bagi kaum lelaki. Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sprema yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat. Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



harga?

harga kaseh sayang je
dah nama pon set bajet kannn

sms/whatsapp/telegram
013.206.0902

Saturday, 25 January 2014

Masalah kesuburan di kalangan lelaki




zuriat adalah satu perkataan keramat yang sering dinantika oleh pasangan yang telah berumah tangga
kehadiran zuriat mampu menceriakan rumah tangga pasangan

pengalaman saya berdepan dengan seorang rakan yang masih menanti zuriat selepasa bertahun2 berkahwin telah menyedarkan saya
disindir keluarga mertua,ipar duai adalah perkara yang biasa yang di alami jika pulang ke kampung
marah,stress,sedih semua ada
malah ada perasaan malas pulang ke kampung

kadang2 perkara seperti ini boleh menyebabkan perbalahan diantara suami isteri juga
suami salahkan isteri
isteri pula salahkan suami

tanpa di sedari sebenarnya suami juga mampu menjadi punca ketidaksuburan terjadi.

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.

Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. 

Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:

  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal

Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:

  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat

Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:

  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi

untuk itu Shaklee tampil untuk membantu pasangan2 yang cuba untuk mendapatkan zuriat


set kesuburan untuk suami dan juga isteri






dapatkan set kesuburan ini dengan harga terbaek

013.206.0902
zarina.sharudin@gmail.com

Sunday, 8 December 2013

Tips mudah hamil

 
11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.



  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 



10. Kurangkan Tekanan
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
dapatkan set kesuburan lelaki dan wanita dari saya dengan harga yang terbaek!!
=)
sms/whatsapp 013.206.0902




Set Kesuburan wanita yang gojes!!!









Punca Ketidaksuburan dikalangan wanita


1. Gangguan telur
- hormon yang tidak seimbang mengganggu proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan boleh terganggu jika anda mempunyai berat badan yang terlalu kurang @ terlalu berat,mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. 

2. Saluran fallopio tersumbat - berlaku mungkin disebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio & bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. 

3. Endometriosis
- berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang & tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri & menyebabkan kesakitan haid.





4. Antibodi menyerang
- tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibod yang akan menyerang sel gamet (telur & sperma). Kes antibodi menyerang sel sperma paling banyak berlaku. Disebabkan itu sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim & persenyawaan tidak dapat dilaksanakan

5. Masalah rahim
- fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot & tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar & menyebabkan kesakitan semasa haid.


ini adalah kebanyakan punca ketidaksuburan dikalangan wanita
memang benar..

bertahun berkahwin tanpa cahayamata adalah satu perkara yang membimbangkan atau dengan erti kata yang lain adalah satu perkara yang menakutkan dikalangan wanita

seperti drama tv, kaum wanita sering dipersalahkan dalam hal ini tapi kenyataan yang sebenarnya adalah 1/3 punca tidak mendapat cahayamata mmeg berpunca dari wanita
tetapi 1/3 punca lagi adalah berpunca dari lelaki

sehubungan dengan itu Shaklee cuba membantu kaum wanita dengan menghasilkan Set Kesuburan khas untuk wanita tetapi bukanlah di jamin 100% yang wanita akan mengandung selepas consume vitamin ni ye kawan2..

ini adalah salah satu usaha
=)

seperti yang kita maklum terdapat 1002 kebaikan yang ada dalam 2 vitamin ini
jom kita baca tentang kebaikannya...

ngeee~



GLA Complex

  • GLA (gamma-linolenic acid) Shaklee diekstrak dari borage 
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti mood swing,retensi air,senggugut dan sakit payudara
  • GLA juga memastikan kitaran haid teratur
  • GLA membantu dalam penghasilan lendir serviks yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.



berminat??
sms/whatsapp/email
013.206.0902
zarina.sharudin@gmail.com