Showing posts with label mengomel. Show all posts
Showing posts with label mengomel. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Holla...i'm back yo!!

Assalammualaikum

waaaa...lamanya x bersiaran dari blog ni
windu gitewww
baby pon dah nk masok setaon
hahaha~

sekarang ni bz sket
ngan kelas pnoh sem ni
bisnes baru nak berkembang
Alhamdulillah

nnt iolls citer pasal bisnes baru ye

bisnes Shaklee?
hmmmm...dah agak berkubur..hik~
bukan x minat cuma xde masa nk study pasal produk
eh..igt bisnes ni xyah study ke?
penting hokey!!
apatah lagi jika berkaitan dgn supplement @ produk kecantikan or whatever it is as a seller mmg kena study
so bila customer tnya kita boleh la jawab dengan yakin,berani dan pantas
baru la customer pon yakin dgn kita
kang customer tnya br la thegeh2 nak gugel
tak koser makkkkk~ngeeee~

hokey la..mak nak bjalan mencarik makanan
perot mak ni lapo nak oiii
byeeee

Monday, 27 April 2015

kereta kena langgar? apa nak buat? cmne nak claim insurans???


kerete kena langgar?

hmmm....
tu yang aku alami 2 minggu lepas
aku rempuh tanker
sbb dia nak u turn tp x bg signal

bila aku tanya
dia ckp..
" i nampak u tp i igt u jaoh lagi"
bleh?

tapi xpe la
benda dah setel pon
uncle tu pon ngaku salah dia

so skrg aku nak share apa yang patot kita buat bila involve ngan eksiden ni
ni pon cina towing kete tu yang ajar

1) mintak nama penuh pihak yang melanggar/dilanggar
2) mintak no ic
3) mintak no phone and mesti try call depan2 dia *ada kes bg no tipu*
4) amik gambar kete
5) amik gambar tempat kejadian/nama jalan *sbb kdg2 kita panik jadi blur x igt kat mn jd eksiden*
6) no plat kenderaan yang melanggar/di langgar
7) amik gambar muka org yang melanggar *aku buat sbb aku takut aku lupa*

then, g report kat balai polis
di ingat kan ye
kalo kita nak claim insurans better explain satu2 kerosakan kereta kita dalam report

contoh nya: bumper jatuh,lampu kiri kanan pecah,bonet remuk keatas and bla bla

sebab Sarjan tu cakap perkataan "remuk" dalam report tu nnt terlalu general
so pihak insurans ssh sket nak nilai kerosakan keta kita tu

camne nak claim insurans?

kalau kita nak claim insurans pihak yang melanggar/ketiga tu kita perlu kan:

1) salinan report yang di langgar (kita)
2) salinan report pihak yang melanggar (ketiga)
3) Rajah kasar kemalangan
4) Gambar keadaan kereta
5) Salinan keputusan siasatan
6) salinan kad pengenalan
7) salinan lesen yang terbaru
8) salinan lesen asal *yang mula2 dpt pas lulus lesen..ala..yang bergambar tu*
9) salinan insurans cover note *boleh mntk kat bank kalau hilang*
10) salinan geran kereta *bukti kerete tu nama kita*

5 yang terastas tu boleh beli kat kaunter dokumen balai polis
salinan report jap je
yang lama nya no 2 sampai 5 tu
dalam tempoh 10 hari bekerja
insurans plak nak semua benda2 tu dlm tempoh 14 hari bekerja
so korang kena pandai2 la call Sarjan @ polis yang handle kes tu mntk tolong siapkan cepat
biasanya cina bengkel yang akan uruskan
tp dlm kes aku ni aku uruskan sume sendiri je

so cam aku..guna ambank insurans
so pas dpt sume dokumen tu dorg akan anta notification kat tepon..
mula2 dorg akan bagi tau dorg dah dpt notification psl keta no plat bla bla...dan dorg akan hantar someone utk tgk keadaan keta tu

pastu dorg akn anta plak notification yang dorg dah dpt dokumen yang di perlukan..insurans akan lulus dlm tempoh 7 hari tapi kalau x lulus boleh call no blablabla...

finally..
keta aku siap dlm tempoh 2 minggu
cpt kan
aku set sebulan baru siap
dorg guna insurans aku dulu
br claim insurans pihak ketiga 
NCD aku x terusik la
Alhamdulillah...

aku tgk total kerosakan RM2268..hmmmmm..

Thursday, 2 April 2015

perlu ke anta anak sekolah kecik2 lg???


perlu ke antar anak ke sekolah seawal usia?

ntah la..
bergantung pd parents gak

cam aku 
taon ni first year aku anta kakak g sekolah
5 taon
tp sbb dia lahir ujong taon jd sebenarnya dia baru cukop 4 tahon 4bulan
kahkahkah

kenapa anta dia g skolah? 
x rasa dia kecik sangat lagi ke?

aku anta dia g skolah sbb aku nak dia belajar bersosial ngan org lain
sbb sblom ni dalam idup dia cuma ada ibu ayah adik2 nenek ngan atok
selain drpd tu dia x kan pandang
 bwk g playground kalo dia nmpk ramai org dia xkan main hokey
walopon bdk2 tu sume baya2 dia
dia lebih rela duduk drpd g main ngan kawan2
berbeza ngan si abang
bdk2 besar lepak kat gelongsor rileks je dia masok celah2 org tu sbb nak main gelongsor tu
dia set dalam kepala
"ni tempat main la..pe jadah korg nak lepak sini plak"
haaa....lebih kurang camtu la
bdk2 lepak tu bg la laluan kat dia panjat tangga gelongsor tau
abang kawasan mmg camtu
hahaha~

so sbb tu aku anta dia g tadika
separoh ari je kot
seminggu gak aku berkampong kat skolah tu
pas seminggu malas aku nak layan
aku anta dia masok aku tros blah
lantak la nak nangis ke hape
dah penat nnt dia diam la

x kesian ke?

sumpah aku sedih tggl kan dia nangis berjurai2 airmata camtu
tapi sampai bila?
sampai bila dia nak bergantong nak aku tggu camtu?
hahhaa~

seploh minit sebelom skolah abes aku dah terpacak depan pagar
dia nmpk aku tros jerit..."ibuuuuu...."
sambil mata mula berkaca2
aku wat x tau je walopon dia dah melekat kat grill kelas tu

masok dalam kete aku ajak dia bercerita pasal aktiviti skolah
tunjuk kn rasa excited dgr citer dia walopon citer nya cuma pasal sang kancil dengan buaya
hahaha~
aku siap cakap..."bestnyeee sekolah kakak..ibu pon nak skolah kat skolah kakak la"

"best ibu..cikgu cerita best"

"sok nak sekolah lagi?"

"nakkk"

"kakak nak nangis lagi x"

"xnk la..cikgu cakap sape nangis banyak2 nnt buta..xdpt tgk ibu,ayah,adik"

gulp~

takot ibu dgn cikgu kakak


Tuesday, 31 March 2015

DIY bunga tisu dan pelamin mini yang anggun dan comel!!





cantik nak meninggal kannnn
senang btol sampai rasa nak hantok kepala kat dinding
apsal la..pencipta bunga tisu ni buat zaman aku kawen dulu
kalo x aku dah jimat sejuta rupiah
hahaha~

eh..tp mmg btol kan
senang,cantik dan murah kot
kot la

nk kena mula buat setaon awal ni
hahhaa~

 



ni plak mini pelamin yang cantik dan comel cam nak meninggal
hahaha~

sume gmbr2 ni aku amik dr gugel
kat gmbr tu ada watermark
so kalo korg nk info mungkin boleh taip nama2 butik tu kot
kot la
heee

aku giler warna ni!! nak baju raya kaler ni gak!! ~wootwoot~

Sok dah bulan 4
1st April
bukan April Fool hokey
pon bukan pasal GST yang nk di aplikasi kan tu
aku fikir pasal baju raya
muahaha~

yelah...kang tailor xnk amik tempah cmne?
bkn xnk beli
taon ni aku giler kat 1 warna ni
x pnh lak aku jumpa baju kaler ni
kalo kat butik2 mahal ada la kot
aku kan misekin
mana mampu nk g butik
pakai baju batu2 pastu bertingkek2
heeeee~

aku giler kan warna ni ha...

 mint green

cantik??

model tu mmg la cantek..

korang cakap x cantik ada aku kesah
hahaha~
eh tp mmg cantek la 
walopon aku ni manes2 mangges
eh...
hahaha~

pastu gabung ngan kaler ni plak...


perrrrggggggggghhhhhh......

aku rasa cantek sunggoh

kaler ni la
bkn aku
aku ni lawo sket dr pokok kelapa
hahaha~

k bye


Monday, 30 March 2015

Makanan untuk bayi 6 Bulan dan barang2 yang di perlu kan!!~

weee~
lagi 2 bulan Baby Mika nak masuk 6 bulan
eksaited ibu nak bagi solid food
dah lama x prepare solid food
sekarang ni tgh gugel2 pasal baby bullet tu
cam best je




dulu masa abang ngan kakak guna cara tradisional
periuk kecik ngan blender
bila dorg dah makan nasi ibu guna periuk kecik tu wat masak megi
blender lak guna utk blend cili sbb blender cili ibu dah rosak
hahaha~

so ibu pon gugel2 la resepi untuk baby Mika walopon lama lagi nk bagi makan
hahaha
teruja gitewwww~





pastu ibu nak cari benda alah ni plak..



Food feeder

atau pon yang ni..



pernah nampak kat kedai baby
nak beli masa tu cam awal sangat
heee~

pastu yang ni x lupa gak...



Puree storage cube

ok
x sabar
muahaha~

Friday, 27 March 2015

sakit kuning bayi dan puncanya serta dongeng zaman dahulukala~


bayi kena demam kuning?

hmmmm....
kena dok bawah lampu?
masok wad berhari2?

menakot kan
pengalaman aku ngan baby Mika yang kena kuning cukop memenatkan
bukanlah mengeluh
tapi jadikan satu pengajaran
learning process kata nyaaa

baby Mika kena kuning di hari ke-5
bukan hari pertama stau kedua
hari ke - 5 hokey

masok 2 minggu kuning nye statik je
x kurang pon dari 100
lantas doktor menulis di dalam buku biru itu sebagai....

"PROLONG JAUNDICE"

i hetchu!!

2 hari sekali g amik darah

last2 amik darah ngan air kencing sekali

result kuar asing2
mengong
 darah clear = positif
kencing tercemar
damn!!

contamination
pe ke jadah nye ntah

kesilapan semasa mengambil sample

terpaksa amik kali kedua
pasang plastik dr umah
smp klinik br perasan baby Mika berak dalam pampersms nak cabut plastik kencing tu
aku informkat nurse tu

"nurse..anak saya berak ni..still boleh guna ke urine ni?..kita amik yang kain la"

"xpe puan...boleh guna.najis x masok dlm plastik tu kan"

eh...walopon aku ni bukan student medic tapi sixth sense aku ckp urine tu dah tercemar

aku tgk mak2 lain gigih je tadah air kencing baby pakai botol sample tu
aku pon tabah gak kalo dia bagi botol tu
ngekkk~

tapi...
salah aku
patot aku berkeras nak amik sample urine lain
dia pukau aku kot
hahaha~

skali bila result kuar...

dangggggg...

contamination
again!!
kali ni doc suruh refer ke pakar kanak2 HSB

hoiiii
mmg x la aku nak g
sbb masa tu kuning baby Mika dah tggl 68 kot
dia dah pon 2 bulan

surat referral tu dia stapler kat depan buku biru baby Mika
tapi aku cabut
hahaha~
pastu aku baca
wakaka~

aku cakap ngan laki aku kita tawakal je la
pa pe jd kita bertanggungjawab sendiri
x koser aku nak g sana semata2 nak anta kencing je

pastu x lama doc tanya ...

"u dah bawak baby g HSB?"

"nope"

"why?"

"xde masa..i won't blame u if anything happen..don't worry"

"ok..its up to you..that's only my suggestion"

danggggg~

hahaha~
sbnr nya aku dah text kawan aku yang keje nurse tpskrg smbg study untuk jd sister kot
kot la..akupon xphm dia citer

dia ckp kalo result darah clear
hati ok
buah pinggang ok
xde kencing kotor

there's nothing to be worried
just pantau kencing anak
pasti kan dia kencing selalu
x demam selalu
najis x pucat

ok!!
thanks babe!!

dah..jom baca psl NEONATALJAUNDICE ni...
aku copy dari sini je

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.



APA ITU JAUNDICE (KUNING)?

Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..


MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?


Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.


1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.


APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).


Antara penyebab lain :-

  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)


ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?

Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta. Ketika di Institut Paediatrik, HKL, saya sendiri pernah melihat bayi dari satu keluarga cina mengalami sawan kerana kernicterus. Datang selepas 1 minggu kuning. Menakutkan...



APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?

1. Phototherapy (Terapi lampu)



Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-

Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi

Buka semua baju bayi kecuali lampin
Tutup matanya
Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.

2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.

Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang... kalau ada jururawat yang temankan atau tolong buat anda kopi pun best jugak kan... tapi...) dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi



CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?

Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?

Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun... " atau

"Buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "

Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.


SUSU KAMBING VS SUSU IBU?

Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.

Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)
Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.
Saya harap artikel ini boleh membantu anda meneruskan kehidupan anda dengan sedikit pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. Apa pun keputusan anda sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda sendiri.

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

mmg di akui sekarang banyak cara tradisional nak rawat kuning bayi
tapi bagi aku senang je
tepuk hati dan tanya...

korang boleh gak jengah link ni
citer pasal serbuk mutiara dan kesanya pada bayi


Susu merudum??? jom try Umma Lacto yang super best!!!

susu merudum?

mimpi ngeri weiiii
hahaha~

peristiwa susu merudum aritu betol2 menakot kan aku
bayangkan la...
setengah jam pam 1oz pon x dpt!!
LDR langsong x rasa!!
bayangkan..

serius stress
mmg rasa nak jerit,nangis sume ada
masa tu perasaan kacau bilau
rasa bersalah kat anak lagi

xde la aku nak ckp susu FM tu x bagos
eh TIDAK ye..
2 anak sebelom ni aku gagal BF kan diorang smp 2 taon
di ulangi GAGAL
so kali ni aku btol2 nekad nak BF kan anak

tapi bila susu merudum ni sedikit sebanyak mematahkan semangat aku
mungkin stress + penat kat opis yang mempengaruhi
aku ada wat jadual mengepam kat opis
3 jam sekali
kol 10, kol 1dan kol 4

tapi phm2 je la
kdg2 ada meeting la pe la
so sedikit sebanyak jadual tu lari sket
tapi yang penting aku pam 3 kali sehari kat opis
kat umah bg direct
malam baby Mika memang melekat je ngan aku
nak makan pon laju2
kang tengah makan tetiba dia terpekik
x ke tersedak aku
hahaha~
ayah nya cuma mampu tepok2 montot
pusing2 1 umah sambil cakap

" jap ye..bagi la ibu makan"

hahaha~
bertuah kalo budak tu paham

so...ngan perasaan sedih dan berdebar2 aku pon gugel la milk booster
gugel punya gugel
ni ha yang kuar....


KANDUNGAN UMMA LACTO

Dirumus dari 19 bahan semulajadi yang berkhasiat seperti
susu kambing, susu skim, kurma, habatusauda, madu, extrak halia, alfafa, kismis, halba, beras perang, stevia, spirulina, manna(gam arab), serbuk soya, extrak bawang putih, fruktosa, serbuk protien dan fibre dari buah-buahan.

pastu gigih plak aku meng-gugel testimoni ibu2 yang pernah amalkan
Alhamdulillah
positif




so aku pon try
beli sampai 3 kotak kau
hahaha~

bila bancuh kaler ijau
seram pon ada
tetiba minom susu kaler ijau
siap baca bismillah berkali2 dengan harapan rasanya sedap dan x bau susu
sbb aku nyampah bau susu
hahaha

bila dah telan....
sedap kawwww!!!

ada bau beras perang sket
teros rasa nak wat lagi
bagi laki aku rasa sket
dia pon ckp sedap

Alhamdulillah
bekalan susu dah pulih
breast pon rasa penuh dan bengkak
LDR tu kerap
Baby Mika pon tido lena
susu jd pekat sbb tu baby cpt kenyang

tapi aku tetap susu kan ngan kerap gak
walopon sekejap2 je
aku xnak otak terima signal yang xde demand untuk susu
yang selebih nya aku perah
laki aku cakap
stok susu dalam freezer tu boleh wat keju
cissss...hahaha~

minom air kosong banyak2
air gas tu xyah pandang la yeeee
ais pon sama
kafeine kurang kan sbb aku pagi2 minom nescafe 1 cawan
tu pon x abes
aku wat cair2 hokey
hahhaa~
pam sekerap yang boleh

tapi lepas minom ni xde la tetiba susu kau memancut2 kuar kannn
yang penting disiplin
konsep supply and demand tu kena ada
supplement ni sekadar melengkapkan apa yang tubuh korang kurang dan perlu kan
bukan penawar ajaib ye

ni kelebihan yang ada pada Umma Lacto

-Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
-Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
-Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
-Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnyakepada ibu dan bayi
-Membantu mengelakkan sembelit
-Membantu kesihatan perut dan kolon
-Sebagai prebiotik ibu dan anak
-Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
-Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
-Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
-Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
-Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
-Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut

so kesimpulannya...
bolehla try Umma Lacto ni untuk milkbooster
heee~





Tuesday, 10 March 2015

Rawat batuk dan selsema bayi dengan bawang putih @ garlic oil...nyummmeh~

Dulu masa baby Mika selsema ngan batuk tu tuhan je la yang tau cmne perasaan aku ni ha
gigih la aku meng- google semua cara2 nak hilangkan batuk ngan selsema tu
leher berbunyi sebab lendir hingus tu
rs nak korek2 je tau x
tiap kali dokong dia aku meratib "muntah la...muntah la...muntah la..."
bleh?
hahaha~

mau aku kena sepak kalo ada sesape dengar aku meratib time tu
dah tu?
aku mmg nak bg dia muntah
bg kuar lendir2 tu
tapiiii anak aku ni pesen lepas burp kan dia membongkan tido
sabor jelaaaa

pastu aku ada ckp aku gune sterimar ngan illiadin kan*betolke aku eja? lantaklah*


sterimar ni mmg aku guna je
fungsinya utk bersihkan hidung
so bila aku dengar hidung baby mika keluar bunyi cm xbest cepat2 aku sembur sebelom dia tersumbat
hahaha~
pastu nnt dia bersin
kuar la segala harta karun kat dalam tu
yeay..ibu suka!!
kalo x bersin nnt aku meratib lagi.."bersin la...bersinla...bersin la..."
hahaha~ tampa kang
x pon hingus nya meleleh je
kikiki~

pastu aku jumpa satu petua best ni...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jengjengjengggggg


tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

minyak bawang putihhhh

cara2 nak buat?

sonang jooooooooo


cucuk dan bakorrrrrrrrr je
jangan la sampai hangus lak
bakar ngan kulit teros
dah bakor tu ketuk2 la sket bg penyek
nak ketuk ngan pe pon xksh
dah tugaul kan ngan minyak
minyak masak bleh
minyak zaitun bleh
minyak kelapa dara bleh
minyak gamat pon bolehhhhhhhh

asalkan minyak
jangan lak minyak bekas goreng ikan
den lepuk kang
hahaha~

pastu sapu kat dada,belakang and tapak kaki baby
pakai stokin
aku sapu sket kat batang idung baby
sket je
kang kelemasan lak dia dek bau bwg putih tu
hahaha
kat kanak2 @ org dewasa pon bleh
no hal
ni mmg petua org dedulu
mujarab kata nya

setakat ni Alhamdulillah aku try kat Baby Mika menjadi
aman damai tenang je dia tido
ngan aku skali membongkang
hahaha~
bangun nak nenen je


k la
bye

*sori la ending agak kwanghaja sket*
hahaha

Sunday, 8 March 2015

Cenderahati murah da bomb!!


iklan...iklannnn

ada sesape yang berminat nak dapatkan cenderahati untuk pelbagai majlis dengan harga yang menarik??

haaa.....

ni lah...jawapannya...ngeee~

Harga :

Bawah 100 = Rm2.20
100 - 500 = RM2/pc
500 - 1000 = RM1.80
1000 ke atas = RM1.70

Pilihan isi :

kekacang
marshmallow
biskut bantal
biskut kapal terbang
biskut butang

free = thank you tag (glossy paper)

untuk maklumat lanjut boleh la terjah blog ni ye

daaaa~