Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Khasiat madu



KHASIAT MADU LEBAH

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

3. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

4. IBU MENGANDUNG

a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

5. ANAK DALAM KANDUNGAN

a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


6.BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

** PERHATIAN :
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
Jauhkan dari litar elektrik.
Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Saturday, 22 March 2014

Kenapa vitamin tidak berkesan pada tubuh??


Antara punca kenapa makan vitamin tak ada kesan adalah kerana berkemungkinan anda:

1. Kurang minum air putih. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan.

2. Makan vitamin secara banyak pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebelum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada perunding anda. Sekiranya anda membeli vitamin daripada saya, saya akan memberikan konsultasi dan jadual makan yang betul untuk semua vitamin yang anda ambil.

3. Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.

4. Pengambilan vitamin bersama ubat atau jamu. Bagi anda yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duanya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. Sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat atau jamu, jarakkan pengambilan ubat, jamu dengan vitamin selama dua atau tiga jam. 

5. Tidak konsisten dalam pengambilan vitamin. Ada di antara kita yang tidak konsisten mengambil vitamin, ikut suka bila nak makan dan bila taknak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan. Kebiasaannya, bagi mereka yang baru pertama kali mencuba vitamin akan mengalami Healing Crisis dan anda tidak perlu risau kerana ini adalah kesan positif di mana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan vitamin dan suplemen dan minum air 3 Liter sehari

Untuk Vitamin Shaklee, ada beberapa jenis vitamin yang tidak boleh diambil serentak. Maksud saya kat sini, tak boleh diambil bersekali pd masa yang sama. Perlu ada jarak masa sekirar 2 jam. Antaranya ialah:

Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan Ostematrix, ESP ataupun dairy produk/air susu  kerana kalsium akan menggangu penyeparan zat besi yang ada dlm Vita-Lea Shaklee.  

Vitamin E, GLA dan CoQHealth Shaklee tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E. Formulasi GLA Complex dan CoQHealth turut mengandungi kuantiti Vitamin E.  

Zink perlu diambil sebelum waktu makan. Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, zink akan dimusnahkan,dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zink selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi zink sehingga 1mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan




more info?
price?

ask me..
013.206.0902

Saturday, 22 February 2014

Jom rawat keracunan makanan (food poisoning) dengan kaedah semulajadi..wee~





pengalaman terkena keracunan makanan membuatkan kita serik
muntah,pening,sakit perut dan cirit birit adalah pengalaman yang mengerikan
jika pergi ke klinik paling tidak pon ORS yang akan di beri untuk memastikan badan tidak kurang air @dehidration

Keracunan makanan adalah penyakit yang di sebabkan oleh pengambilan makanan @ minuman yang telah tercemar
Punca keracunan makanan juga terbahagi kepada dua iaitu agen jangkitan dan agen toksik

Agen jangkitan termasuk la virus, bakteria dan parasit makanan
Agen toksik pula termasuk cendawan beracun, racun serangga pada sayuran dan buahan yang kita ambil

Antara agen jangkitan yang biasa menyebabkan keracunan ialah E Coli dan Salmonella

Simptom2 keracunan yang biasa ialah:

- muntah
- loya @ mual
- kekejangan perut
- cirit birit

semua simptom ini berlaku secara tiba2 dalam masa 48 jam selepasa pengambilan makanan@ minuman yang tercemar
Ia boleh di ikuti dengan simptom2 lain seperti:

- demam
- kesejukan 
- najis berdarah
-lemah
- penat
- dehidrasi
- kerosakan sistem saraf ( bergantung kepada jenis pencemaran)

jom try kaedah semulajadi ni....

1) Teh
Teh sebenarnya adalah satu bahan semulajadi yang sgt bermanfaat dalam usaha mengubati masalah keracunan makanan
caranya adalah dengan membancuh teh dan boleh juga di tambah dengan madu@ daun basil @ pudina untuk menghasilkan rasa yang enak
Ia mampu mengurangkan rasa sakit sekaligus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama

hebatkan teh ni...ngeee~


2) Halia
Ambil sesudu madu dan campurkan dengan larutan air halia
di katakan mampu mencegah masalah radang dalam perut sekaligus menghilangkan rasa sakit akbat keracunan


3) Buah Delima
Boleh di makan untuk mengurangkan rasa mual@ loya akibat keracunan makanan


4) Gula Merah
Campur 4 sudu teh gula merah dengan air suam dan kacau
dikatakan mampu memberi tenaga ketika badan kehilangan air akibat muntah dan cirit birit


5) Daun Basil
Campurkan dengan minuman @ makanan
boleh juga di jadikan jus
dan ambil ketika perut kosong
boleh mngurangkan mual an muntah2


6) Biji Jintan
Campurkan satu sudu teh biji jintan yang telah di tumbuk halus kedalam sup yang masih panas
dikatakan mampu mengurangkan radang perut dan rasa sakit akibat keracunan makanan


7) Lidah Buaya
Ambil 60gm aun lidah buaya dan kisar halus untuk di jadikan jus
Amalkan tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan yang di alami


haaaa...
hebatkan
semua benda ni ada di sekeliling kita je

selain daripada itu anda boleh la minum

 


munuman ini adalah minuman tenaga yang mampu membekalkan air untuk tubuh badan kita bg mengelakkan dehidrasi

sedap..
rasa oren 
nyam..nyamm
 


more info?

ask me..
013.206.0902
ina



Friday, 21 February 2014

7 khasiat yougurt yang ohsemmmmm gilerrrr~



sedap sunggoh tgk yougurt kat ats tu hai...
muahaha~
rasanya ramai antara kita penggemar yougurt
masam2 yang sihat hokey

tau x selain rasanya yang sedap yougurt sebenarnya sangat berkhasiat untuk tujuan kecantikan tawww...
ngeee~

7 khasiat yougurt yang sangat superbb untuk kecantikan

1) Kulit lebih halus
bagi yang mengalami masalh kulit kusam dan kasar anda boleh lah sapukan yougurt ke seluruh muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit ye
jangan pi jilat lak yougurt tu
kemudian bilas dengan air suam..dan taraaaa
kulit akan terasa akan lebih cerah,lembut dan berseri
tapiii kalau kulit gelap cam ahkak ni idok la jadi putih melepak pulok ye

muahaha~


2) Atasi kulit terbakar
Sesetengah wanita mungkin lama terdedah di bawah terik matahari atas dasar tuntutan kerja
justeru itu mereka mungkin mengalami masalah kulit terbakar (sunburn)
kesannya kulit akan kemerah - merahan dan menggelupas
bagi merawat kulot yang rosak campurkan minyak pati bunga chamomile dan yougurt, gaul sebati di bahagian yang bermasalah
In Shaa Allah kulit akan pulih seperti sediakala


3) Bantu mengecutkan jerawat
Jerawat adalah masalah yang di hadapi bukan sahaja golongan wanita malah kaum lelaki juga menghadapi masalah yang sama
malah, ia juga akan mencacatkan penampilan juga mampu membuatkan seseotang itu merasa rendah diri
rilekkkkssssssss....
jangan susah ati hokey..
jom sapukan yougurt secara nipis di bahagian yang berjerawat selama 30 minit dan kemudian bilas dengan bersih
jerawat akan beransur kecut dan wajah juga akan bebas dari jerawat
ohsemmmmm~
boleh di aplikasikan kat muka ahkak ni
ngeee~


4) Lebih cerah sekata
Campurkan yougurt dengan lemon, gaul sebati kemudiankan sapukan ke muka dan leher
buat 3 kali seminggu kompom marbeles~
weeee~


5) Rahsia awet muda
bila timbul garis halus dimuka pasti anda mula terasa risau
cm ahkak ler tuuu
ngeee~
tidak perlu menggunakan rawatan pelik2 ye
abes ribuan ringgit
laser sana
laser sini
x payah hokey!!
pi campurkan yougurt ngan minyak zaitun
wat masker
buat 3 kali seminggu
pasti wajah anda akan lebih halus dan garis2 halus akan beransur hilang


6) Buang sel kulit mati
Parut timun pastu campur ngan yougurt
sapu kat tubuh serta wajah
biarkan selama 15 - 20 minit dan gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini
ia dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit lebih lembap


7) Rambut lebih sihat dan bersinar
yougurt mempunyai banyak khasiat seperti kalium, kalsium,protein dan vitamin D
Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar
juga mampu mengatasi masalah rambut bercabang,kering dan kasar
Lumurkan yougurt pada rambut. kemudian bungkus dan balut kepala dengan tuala
perap selama 10 hingga 15 minit dan bilas bersih

selain daripada itu ada boleh juga mengamalkan ESP
ramuan yang terdapat dalam ESP mampu memberikan kesihatan dan kecantikan yang optimum kepada tubuh badan
selain daripada itu, ESP juga mampu membekalkan segala keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan

Kebaikan dan Kelebihan ESP
1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak, tanpa kolestrol

11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan

15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 

16. Bertindak sebagai antioksidan,

17. Menguatkan sistem imun tubuh,

18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 

19. Memelihara kesihatan jantung 

20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua

21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 

24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 

25. Mencegah osteoporosis 

26. Membantu pembentukan sel-sel baru.

27. Membantu menyembuhkan gastrik. 

28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.

29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

30. Memudarkan parut

31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak

32. Kecantikan kulit dan rambut


berminat untuk dapatkan produk ini dengan harga terbaek???

ask me how

013.206.0902
ina

Tuesday, 31 December 2013

Jadual dan tips pengambilan vitamin Shaklee~

#jadual biasa
Before breakfast: zinc, gla compleks
After breakfast: vitalea, vitamin C, AJHT (2 tabs)
After lunch: vitamin b compleks
After dinner: Alfalfa (2-4 biji), carotomax
before sleep : ostematrix (2-4 tabs), collagen (boleh campur dengan ESP)
Lecithin- 3 tabs (after lunch and dinner)
vitamin E/GLA- before sleep 1 tabs
Omega- before sleep 1 tabs
ESP- bancuh satu sudu besar dalam 1 gelas susu/ jus/ etc (minum pagi, tengahari dan sebelum tidur= maksimum 3 sudu besar sehari)

# Untuk kurus:
herblax: makan 3-4 biji dan minum air 500ml sebelum tido malam hujung minggu sahaja.. sebab khuatir ada yang berulang ke tandas.. ni sebelum start set kurus ye.. untuk tujuan detox

# jika pengambilan adalah lecithin dan omega (untuk kurus)
pagi after breakfast : 3 tabs omega
after lunch : 3 tabs lecithin

##
tips untuk kurus:
bangun pagi makan alfalfa 5-10 biji..minum air 500-1liter (alfalfa ble blok selera makan).. lepastu minum ESp
tengahari: mkn esp/cinchshake, mkn lecithin 3 biji
malam: makan nasi dan lecithin 3 biji..

Untuk boost penghasilan susu: setiap kali selepas pam, ambil 1/2 sudu ESP bersama 2 biji alfalfa (dengan syarat ESP tidak melebihi 3 sudu besar sehari)

Untuk pengambilan set skincare dan GLA:
vitamin E sebelum tido (1 biji)
GLA awal pagi (1 biji)- air pastikan minum pada kadar yang banyak

#tips untuk pregnant;
makan GLA compleks hari 1 period hingga hari 14.. then stop.. lepastu tunggu period bln depan makan lagi.. bila pregnant stop amek GLA compleks.

Untuk menambahkan keberkesanan vitamin, sarankan pengambilan ESP sekali untuk menambahkan keberkesanan vitamin dan hasil yang cepat

Thursday, 26 December 2013

Tips untuk kurus dari Shaklee

 




 Menjadi kurus adalah benda yang di impikan oleh setiap orang
bermacam2 cara dan produk telah di cuba tapi tidak berhasil
tahu x sebenarnya kita perlu mengikut langkah yang betul agar kita tampil kurus dan SIHAT
berat badan yang turun secara mendadak dengan cara yang salah akan mendatangkan mudarat kepada sistem tubuh kita

oleh itu..Shaklee tampil dengan 3 cara yang betol dalam usaha menurunkan berat badan tanpa mendatangkan kemudaratan kpd tubuh badan kita..

3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee 

Pertama: Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Kedua: Memecahkan Lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Ketiga: Membina Otot dengan Protin

Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake
Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina

  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot

  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian

  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

  • Soya bukan GMO




jom dapatkan Shaklee dengan harga terbaek!!

sms/whatsapp laju2 k
013.206.0902