Showing posts with label anemia. Show all posts
Showing posts with label anemia. Show all posts

Friday, 17 October 2014

Anemia di kalangan ibu hamil

Masalah anemia sering terjadi kepada wanita hamil
termasuk la aku
so untuk jadi simpanan aku di masa hadapan
ini lah yang aku berjaya gugel
thanks abang gugel yang macho
eh..~

Berapakah jumlah zat besi yang saya perlukan semasa hamil?

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan saya mendapat zat besi yang mencukupi?

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan.

Bagaimana saya boleh tahu sekiranya saya menghidap anaemia?

Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah.Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi anda turun ke tahap sangat rendah.

Adakah sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami anaemia semasa hamil?

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.

Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anaemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas. Thalassaemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding thalassaemia beta. Baca lebih lanjut mengenai thalassaemia dalam kehamilan.
Apakah simptom-simptom anaemia?

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.
Bagaimanakah anaemia dirawat?

Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.
Adakah anaemia yang saya alami ini menjejaskan kesihatan bayi saya?

Melainkan anda menghidap anaemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.


http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi#ixzz3GMSmaO3B

dan biasa nya KK akan double kan pengambilan ubat terutamanya pil iron tu
erkkk...aku panggil pil ni ubat busuk
sbb aku msti pening gila pas amik ubat ni
yewwww~
nurse ckp amik ngan air kosong
mmg x la...tabah lak aku kan nak menelannya
aku minom gak ngan air manis
jus buah ke
pastu laju2 g baring sbb takut loya
hahah~

Tuesday, 4 February 2014

Anemia @ kurang darah dan vitamin yang perlu di ambil



Apa itu anemia??
sebelum ini saya sering mendengar perkataan anemia tapi x pernah ambil peduli
sehinggalah saty sendiri menghidap anemia semasa mengandung anak kedua
anemia ketika mengandung adalah ibarat mimpi ngeri ye kawan2
tiap kali check up di KK x abes2 la nurse tu membebel sebb HB saya semakin jatuh
bermacam2 cara saya lakukan untuk menaikkan HB.makan jambu batu,makan kerang, ikan bilis, bayam.minum jus delima tapi kesannya tetap sama
mungkin lain orang lain cara nye kan...

Anemia ini bukan sahaja meghnatui wanita yang hamil..malah remaja juga menghadapi masalah ini

Jom kita study apa itu anemia...

Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.


Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.


Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.



Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan


Tanda - tanda anda mengalami Anemia:

1. Kelopak Mata Pucat

Sangat mudah untuk mengenal pasti anemia dengan melihat mata. Ketika Anda meregangkan kelopak mata dan memperhatikan bagian bawah mata. Anda akan melihat bahagian  dalam kelopak mata berwarna pucat.

2. Sering Kelelahan

Jika Anda sering merasa penat..mungkin anda mempunyai sel darah merah yang rendah. 

3. Sering Mual

Mereka yang menderita anemia seringkali mengalami gejala morning sickness atau mual segera setelah mereka bangun dari tempat tidur.

4. Sakit kepala

Orang yang mengalami anemia sering mengeluh sakit kepala secara terus-menerus. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Hal ini sering menyebabkan sakit kepala.

5. Ujung Jari Pucat

Ketika Anda menekan ujung jari, daerah itu akan berubah jadi merah. Tetapi, jika Anda mengalami anemia, ujung jari Anda akan menjadi putih atau pucat.

6. Sesak napas

Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh. Hal ini membuat penderita anemia sering merasa sesak nafas atau sering mengah atau letih ketika melakukan aktiviti seharian seperti berjalan ataupon membuat kerja umah

7. Denyut Jantung Tidak Teratur

Palpitation adalah istilah perubahan untuk denyut jantung tidak teratur, terlalu kuat atau memiliki kecepatan abnormal. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyut jantung meningkat. Hal ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan cepat.

8. Wajah Pucat

Jika Anda mengalami anemia, wajah Anda akan terlihat pucat. Kulit juga akan menjadi putih kekuningan.

9. Rambut gugur

Rambut gugur boleh menjadi gejala anemia. Ketika kulit kepala tidak mendapatkan makanan yang cukup dari tubuh, Anda akan mengalami penipisan rambut dengan cepat.

10. Kurang daya tahan tubuh

Ketika tubuh Anda memiliki tenaga yang sangat sedikit, kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit akan menurun. Anda akan mudah jatuh sakit atau kelelahan


Punca Anemia

Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan terjadinya penyakit darah seperti anemia ini. Antara faktor utama ialah kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan. Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti anemia sel sabit dan anemia hemolitik. iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran.Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia. Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut. Selain daripada itu juga ketidakstabilan enzim G6PD boleh menyebabkan terjadinya penyakit anemia sekiranya pesakit terdedah kepada ubat gegat dan memakan kacang parang lalu menyebabkan sel darah merah pecah lalu terjadinya anemia.

Anemia akan membahayakan jika terjadi kepad ibu yang mengandung:

~ Risiko Keguguran

~ Bersalin Awal

~ Kematian janin dalam kandungan


~ Tumpah darah semasa & selepas bersalin


Bukan sahaja kepada ibu..malah bayi dalam kandungan juga akan menghadapi risiko

~ Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)

~ Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)

~ Lemas semasa lahir


~ Pertumbuhan bayi terlambat

Oleh sebab itu..pesakit anemia terutamanya ibu mengandung perlu mengambil supplement tambahan untuk memastikan tubuh badan ibu akan membekalkan tenaga dan segala vitamin dan khasiat yang di perlukan oleh bayi dalam kandungan

Supplement yang di cadangkan untuk pesakit anemia:


Vita Lea + B Complex + Vita C





jom dapatkan set ini dengan harga terbaek!!

konsultasi percuma

sms/whatsapp 013.206.0902