Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Friday, 27 March 2015

Susu merudum??? jom try Umma Lacto yang super best!!!

susu merudum?

mimpi ngeri weiiii
hahaha~

peristiwa susu merudum aritu betol2 menakot kan aku
bayangkan la...
setengah jam pam 1oz pon x dpt!!
LDR langsong x rasa!!
bayangkan..

serius stress
mmg rasa nak jerit,nangis sume ada
masa tu perasaan kacau bilau
rasa bersalah kat anak lagi

xde la aku nak ckp susu FM tu x bagos
eh TIDAK ye..
2 anak sebelom ni aku gagal BF kan diorang smp 2 taon
di ulangi GAGAL
so kali ni aku btol2 nekad nak BF kan anak

tapi bila susu merudum ni sedikit sebanyak mematahkan semangat aku
mungkin stress + penat kat opis yang mempengaruhi
aku ada wat jadual mengepam kat opis
3 jam sekali
kol 10, kol 1dan kol 4

tapi phm2 je la
kdg2 ada meeting la pe la
so sedikit sebanyak jadual tu lari sket
tapi yang penting aku pam 3 kali sehari kat opis
kat umah bg direct
malam baby Mika memang melekat je ngan aku
nak makan pon laju2
kang tengah makan tetiba dia terpekik
x ke tersedak aku
hahaha~
ayah nya cuma mampu tepok2 montot
pusing2 1 umah sambil cakap

" jap ye..bagi la ibu makan"

hahaha~
bertuah kalo budak tu paham

so...ngan perasaan sedih dan berdebar2 aku pon gugel la milk booster
gugel punya gugel
ni ha yang kuar....


KANDUNGAN UMMA LACTO

Dirumus dari 19 bahan semulajadi yang berkhasiat seperti
susu kambing, susu skim, kurma, habatusauda, madu, extrak halia, alfafa, kismis, halba, beras perang, stevia, spirulina, manna(gam arab), serbuk soya, extrak bawang putih, fruktosa, serbuk protien dan fibre dari buah-buahan.

pastu gigih plak aku meng-gugel testimoni ibu2 yang pernah amalkan
Alhamdulillah
positif




so aku pon try
beli sampai 3 kotak kau
hahaha~

bila bancuh kaler ijau
seram pon ada
tetiba minom susu kaler ijau
siap baca bismillah berkali2 dengan harapan rasanya sedap dan x bau susu
sbb aku nyampah bau susu
hahaha

bila dah telan....
sedap kawwww!!!

ada bau beras perang sket
teros rasa nak wat lagi
bagi laki aku rasa sket
dia pon ckp sedap

Alhamdulillah
bekalan susu dah pulih
breast pon rasa penuh dan bengkak
LDR tu kerap
Baby Mika pon tido lena
susu jd pekat sbb tu baby cpt kenyang

tapi aku tetap susu kan ngan kerap gak
walopon sekejap2 je
aku xnak otak terima signal yang xde demand untuk susu
yang selebih nya aku perah
laki aku cakap
stok susu dalam freezer tu boleh wat keju
cissss...hahaha~

minom air kosong banyak2
air gas tu xyah pandang la yeeee
ais pon sama
kafeine kurang kan sbb aku pagi2 minom nescafe 1 cawan
tu pon x abes
aku wat cair2 hokey
hahhaa~
pam sekerap yang boleh

tapi lepas minom ni xde la tetiba susu kau memancut2 kuar kannn
yang penting disiplin
konsep supply and demand tu kena ada
supplement ni sekadar melengkapkan apa yang tubuh korang kurang dan perlu kan
bukan penawar ajaib ye

ni kelebihan yang ada pada Umma Lacto

-Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
-Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
-Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
-Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnyakepada ibu dan bayi
-Membantu mengelakkan sembelit
-Membantu kesihatan perut dan kolon
-Sebagai prebiotik ibu dan anak
-Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
-Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
-Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
-Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
-Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
-Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut

so kesimpulannya...
bolehla try Umma Lacto ni untuk milkbooster
heee~





Wednesday, 11 March 2015

Susu badan makin sket?? 6 tanda palsu!!


sape yg xnk susu ibu banyak kan?

bila susu merudum sket mula la panik
aku la tu
hahaha
tiap2 hari aku set mesti perah at least 11oz masa kat opis
at least hokey!!

tp x semua sessi perahan tu hasil nya lumayan
kdg2 bila stress susu merudum gak
lagi2 bilakelas full 8 smp 5
ada 1 jam utk rehat time lunch
tu pon tkejar2 nak makan pastu nak solat pastu nak tido
hahaha
sendiri yang stress
kikiki~

so td gugel2 la pasal kes susu merudum ni
tjumpa la satu blog yg isi nya mmekena ngan kes susu merudum ni
 jom baca ye...

membaca kan jambatan ilmu
*tetibe*

Alasan paling popular, ibu berhenti menyusukan anak adalah "Susu Badan Sikit" atau "Susu Tak Cukup". Tapi tahukah ibu, bahawa jarang sungguh kes ibu yang baru melahirkan takde kebolehan menghasilkan susu. Bukankah Allah yang memberikan kamu rezeki 'anak', dan Allah jualah yang akan memberikan rezeki 'susu badan' untuk anak tadi.

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak kerana salah paham susu badan sikit atau tak cukup. Tanggapan salah ini biasanya terjadi bila anak asyik menangis, dah susukan tapi nampak tak puas, baru menyusu nak menyusu lagi.

Bayi menangis bukan sahaja kerana lapar susu. Banyak sebab lain. Sakit perut, sejuk, dan lain-lain lagi. Bayangkanlah, bayi 9 bulan duduk dalam perut ibu yang nyaman. Bila keluar dari perut ibu dengan cuaca sejuk, bising, tak selesa. Dan tentulah tempat paling nyaman selepas perut adalah dakapan ibu. Tak semestinya asyik nak menyusu sahaja.

Kenali 6 Tanda Palsu Susu Badan Sikit

1-Bayi Nampak Lapar Di Antara Waktu Penyusuan
Nampak saje lapar, tapi ia juga adalah tanda perkembangan oral bayi. Kebanyakan bayi suka menghisap ketika ini. Jadi bayi akan menunjukkan tanda lapar ketika penat, bosan, stress atau hanya kerana bayi suka menghisap. Kerap kali bayi akan tertidur semasa menyusu. Jadi bayi akan mengaitkan tidur dan menyusu. Dan sebab itulah bayi gemar disusukan sebentar sebelum dia tidur lena.

2-Bayi Mahu Menyusu Kerap
Penyusuan 8-12 kali dalam masa 24 jama adalah normal bagi bayi yang baru lahir. Ada juga bayi 'cluster feed' minum sedikit tapi kerap. Juga bayi akan menyusu lebih kerap ketika mahu beralih bulan (growth spurt). Atau ibu salah anggap pada bayi, asal bayi memasukkan tangan ke dalam mulut, tandanya bayi mahu disusukan.

set penyusuan shaklee, susu badan sikit, susu badan kurang, susu ibu kering, pil tambah susu ibu, set tambah susu ibu, susu ibu banyak, susu badan banyak

3-Bayi Lapar Walaupun Baru Menyusu
Bayi dari umur 0 hingga 6 bulan mempunyai keinginan menghisap yang kuat. Jika LDR ibu cepat, ini bermakna bayi akan kenyang cepat. Tetapi keingininan bayi untuk menghisap gagal dipenuhi. Oleh sebab itulah bayi nampak lapar, yang sebenarnya tidak pun. Dan ini bukanlah tanda susu badan sikit.

4-Bayi Minum Susu Botol, Walaupun Lepas Menyusu
Bayi adalah unik. Dilahirkan dengan reflax hisapan sehingga umur bayi 3 ke 4 bulan. Reflex ini adalah automatic dan respon yang tak dapat dikawal. Reflax hisapan terjadi apabila mulut bayi diberikan puting ibu, puting buatan, atau jari ibu atau ayah. Oleh itu, ibu percayalah yang susu badan yang disangka sikit, sebenarnya cukup untuk bayi. Elakkan pemberian puting tiruan atau botol susu semasa bayi berumur 0 hingga 1 bulan. Ini akan membuatkan bayi menjadi keliru.

5-Berat Bayi Tak Banyak Naik
Banyak atau tidak kenaikan berat badan adalah kurang penting. Apa yang ibu perlu perhatikan adalah bayi nampak sihat, cerdas, aktif dan ceria. Dan bayi adalah unik, jadi kenaikkan berat bayi juga berbeza.

6-Payudara Lembik Dan Tak Bocor
Selalu kita akan kaitan susu ibu yang bocor adalah tanda susu banyak. Tapi tahukan yang sebenarnya ia dadalah tanda pengeluaran susu yang tak efektif. Maksud bayi tak menyusu atau ibu mengelat untuk pam susu. 
Dan payudara ibu sungguh bijak, akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi sahaja. Ya, pada minggu-minggu awal payudara akan mudah membengkak kerana menghasilkan susu lebih dari yang sepatutnya. Semakin bayi membesar, penghasilan susu ibu akan dilaraskan dengan keperluan bayi sahaja. Payudara lembik, bukan bermakna susu badan sikit.


Hafalkan tanda-tanda ini. Supaya ibu tak panik atau angkat bendera putih. Mahu menghentikan penyusuan semata-mata kerana salah paham.

Ingatlah ibu, tiada susu formula (walau mahal giler) dapat menandingi susu badan ibu. Dipenuhi dengan khasiat dan antibodi yang tinggi. Rasanya yang boleh berubah ikut apa yang ibu makan. Suhunya yang suam, paling sesuai untuk bayi. Dan juga datang dengan bekas yang menarik.

Oleh itu ibu, target 2 tahun penyusuan lengkap. Dan berusahalah. Breastmilk is the best for our babies.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/01/susu-badan-sikit-6-tanda-palsu.html

btol kan apa yang dia tulis??

tu yang aku share
mintak halal ye tuan tanah
heeee~

tapiiiiiiiii

xpe2
sbg jalan penyelesaian kita boleh amik supplement
tp supplement ni bkn lah penentu susu korang tu kompom banyak sebaldi ye
supplement ni fungsi nya sbg pelengkap untuk vitamin yang badan kita perlu kan
kita bkn nya tau badan kita ni kurang vitamin pe
tp sbg langkah berjaga2 korang boleh la amal kan pengambilan supplement ni kan

so..apa yang aku amik?
terus terang aku ckp aku bkn la penggemar pil ye
kadang2 saja wat lupa
kahkahkah
dah kena tunjal dahi br tkedek2 g makan
tp di sebab kan aku ni genius sket
sket je la...
maka aku pon mengamalkan ESP
yes ESP!!

sodap nak pengsan
cube try cmpor ngan cucu coklat dutch lady sejuk
ya ampunnn
sanggup aku minom sket2
sbb takot abes cpt
hahaha


apa yg best sgt ESP ni ha??




best kannnnnnnnnn

jom2 sempena harga promo ni
cepattttttttt

Thursday, 26 February 2015

kenapa susu yang saya perah cairrrr??? camne nak pekat kan balik???


susu ibu cair?
nape susu aku perah cair je?

haaaa...
pernah x terfikir camni?
jangan tipu tauuuu

sbb aku pon ada dan pernah terfikir camtu
sampai sedih2 nape susu cair je
tapi sebenarnya susu tu x la cair mana
sbb bila dia membeku aku nmpk la pbezaan pekat dan cair tu
hahaha

sebenar nya susu yang cair tu bkn lah bermaksud susu tu x elok ye
bkn nya bermaksud susu tu x berkhasiat langsung
kena semat dalam fikiran susu ibu adalah susu yang terbaik
heeee~

susu yang cair sket tu kita panggil FOREMILK pastu yang pekat sket tu namanya HINDMILK

penting ke kedua2 nya?

YA!!
kedua2 nya sangat penting sbb kedua2 nya adalah saling melengkapi untuk keperluan bayi

Foremilk

Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal

 proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara 

direct feeding, bayi kita akan  menerima susu foremilk ini 

terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya 

kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi 

kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu 


menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. 

(sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, 

dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang 

penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.




Hindmilk



Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.



Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk


Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh 

dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang 

hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut 

terjejas.

Pentingnye seorang ibu untuk kerap  mengosongkan 

payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan

 secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu 

yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya 

ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati

 susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. 

Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke 

tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan 

cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = 


lebih banyak foremilk. 

Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding 

hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

   ✔ Bayi selalu meragam

   ✔ Bayi kembung

   ✔ Najis bayi menjadi kehijauan

   ✔ Bayi tak kenyang

   ✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya

   ✔ Bayi kerap sangat berak

   ✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang 

bersifat asidik serta cirit birit) 


Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan 

penyebabnya ialah:

   ✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.

   ✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, 

tak sempat baby nak dapat hindmilk.

   ✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.

   ✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

   ✔ Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.

   ✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.

   ✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.

   ✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.

   ✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang 

meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta 

beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang 

normal.  


Fakta Tambahan

Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh

 keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain 

itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut 

umur bayi kita.


Contoh : Keadaan cuaca yang panas mempengaruhi 

penghasilan susu, bagaimana? Secara logiknya kita akan 

cepat dahaga apabila cuaca panas.

Ibu akan mendapati hasil perahan mengandungi lebih

foremilk berbanding hindmilk.

Keadaan malam pula, lebih sejuk. Jadi susu yang dihasilkan 

lebih pekat. 


Jadi ibu-ibu terutama sekali ibu baru, jika hadapai situasi 

bayi seperti di atas, jangan cepat putus asa bila tengok bayi 

macam tak kenyang, meragam macam tak cukup susu, 

tambah lagi berat badan tak naik, kerap kembung, poo poo 

asik hijau dan sebagainya..itu bukan tanda ibu tak boleh 

hasilkan susu yang berkhasiat @ susu tak cukup tapi foremilk

 terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat nak dapatkan 

hindmilk sebab perut bayi dah penuh dengan foremilk dalam

 kuantiti yang lebih.


ramai ibu2 yang risau jika stok susu semakin berkurangan

ingat ye ibu2..kalo kita stress susu akan merudum

so..meh la kita hepi2 je hokey

selain daripada tu kita boleh gak amik supplement utk 

membantu membanyakkan susu ibu

tetapi!!

harus di ingat ye

supplement ini sekadar membantu sahaja ye bkn nya 

penentu yang susu ibu tu confirm kuar banyak!!


nak try supplement pe ye??

haa....

meh akk explain pasal Set Menyusu Bajet Shaklee yang ohsem!!

x perlu makan berbotol2 supplement

korang bkn jenis yang suka makan berbiji2 ubat pon kannn




ESP + ALFALFA


Khasiat Alfafa Complex:

- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

- Menghilangkan kelesuan & tekanan

- Memberikan kelegaan semasa haid

- Merawat arthitis

- Bagus untuk elergi & ekzema

- Merawat athma

- Mencuci usus bagi membuang toksin

- Meneutralkan asid dalam badan

- Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor

- Merawat masalah keputihan

- Membantu menegangkan payudara

- Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri

- Memulihkan urat selepas bersalin

- Membantu masalah penghadaman & pencernaan

- Meningkatkan stamina suami juga isteri

- Melegakan sembelit

- Membuang angin dalam badan


- Sebagai milk booster


PERHATIAN!!!

ALFALFA  TIDAK BOLEH DI AMBIL OLEH PESAKIT SLE ...

Friday, 13 February 2015

Cara penyimpanan susu ibu..susah ke nak simpan susu ibu???

masa mula2 nak masuk keje pas abes pantang aritu jenuh la aku fikir cmne la nak simpan susu ibu yang di perah kat opis
al maklumla opis aku xde peti ais and pantry
ye!!
tiada peti ais dan pantry
hahaha~
masing2 jenis pandai2 la ko nak idop
xkan aku nak tumpang kat deep freezer kafe bawah tu kot

fikir pnya fikir aku amik keputusan bawak la cooler bag ngan ais
cooler bag aku dah la comel bebenor
isi ais je dah penoh
so aku pon beli la plastik je
x guna botol susu
pam susu aku masuk kan dalam beg khas dia je
so gigih la aku bawak beg besor isi dua benda alah tu hari2
hahaha~

aku pam 3 kali waktu opis
3 jam sekali
kol 9, kol 12 last kol 3
blk umah aku direct feeding je

camne nak simpan susu kat opis??

peralatan yang di perlukan


cooler bag


pam susu

pasti kan pam susu dan peralatannya dah di steril ye 


milk storage - plastic


bottle

depends la korang nak guna mana 1 ye


ice pack

Bekas peyimpanan yang sesuai 

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.

Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) 
Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn label. 
  Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Kuantiti susu yang diperah
  Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.





secara ringkas: 

Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama 4 jam.
Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

PERINGATAN:

susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Tips dan Cara Penyimpanan

Di Pejabat

  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

  •  Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  •   Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  •   Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga untuk kita mengetahui perkara yang berikut: 

kita boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
Jika kita akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih banyak khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila hendak mengepam susu, cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 



best nyeeee tgk susu2 ni kannnn

Thursday, 12 February 2015

Cara nak banyakkan susu ibu paling senang!! Milkbooster bajet~


susu ibu..
ibu mana yang xnk susu kan anak sendiri
anak kenyang pahala pon dapat kan

2 anak sebelom ni aku gagal susu kan smp 2 taon
sebab utama?
kurang nya ilmu tentang penyusuan 
dan....
susu merudum dengan teruk!!
sedih + kecewa
yes!! mmg itu yang aku rasa
dan aku tau itu gak yang ibu2 rasa bila gagal bg susu badan kat anak
bkn lah nak kata susu formula ni x elok..xbagus
NO!!
bukan itu maksud aku
yang aku maksud kan BONDING
masa susu kan anak la rasa ikatan yang kuat
tgk dia bsungguh2 isap susu,pandang kita pastu senyum2
heee~

so..anak ketiga ni aku bsunggoh2 nk susu kan anak
stress keje,badan penat blk keje sume tolak tepi
aku nak hepi2 je
so susu pon hepi je bila kuar
hahaha~

selain daripada tu pengambilan makanan berkhasiat pon penting gak
vitamins membantu melengkapkan nutrisi kita sebagai seorang ibu yang menyusukan baby
so..terjumpalah set penyusuan ni
set bajet bagi ibu2 yang payah bebenor nak menelan vitamin
hahaha~



Kelebihan ESP:
Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
Parut di muka jadi pudar
Tenaga berpanjangan pagi ke malam
Kurang letih 
Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
Sistem perlindungan badan semakin bagus
Mengawal paras kolestrol
Menyokong kesihatan jantung dan prostat
Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
Mengurangkan alergik


Kelebihan Alfalfa:
Sistem penghadaman lebih baik
Mengawal kolestrol dalam darah
Membuang toksik dalam badan
Mengurangkan masalah gastrik
Membantu merawat keputihan
Mengelakkan bau badan 
Mengurangkan asthma
Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
Meningkatkan kesuburan
Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!

free consultation?
more info?

sms/whatsapp/telegram
013.206.0902

harga?
harga kasih sayang je..
=)

cepat2 k
bye~