Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Tanda - tanda awal bersalin~ weeee


whoaaaa....
mggu ni 38 weeks
seram + nerveous + eksaited
ngeeee~

so...
aku pon gugel2 la tanda bersalin
almaklumla...dah lama meninggalkan alam beranak2 ni
wakakaka~

ini adalah tanda - tanda awal bersalin ye...

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam selang masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

* yang ni aku dah rasa gak sejak masok 37 weeks tu tp setakat ni terkawal la..heeee~


2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

* dah mula sakit terutamanya kalau dok lama2 kat opis..aku bgn g jalan2..g toilet ke..g lobi ke..g mn2 la..kalau kat umah aku suruh suami tolong urut..kadang2 skt nye melarat ke tulang pinggul...


3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, sepatot nye jernih..tanpa bau..bukan terkencing ye..kalo nk kencing ada rasa nk kencing pastu ada bau..kalau dah bertukar kaler hijau maksud nye baby dah berak dlm perot..sila ke hospital dengan laju

* x pernah ada pengalaman..sbb sblom ni doktor yang tolong pecah kan pakai chopstick..cissss


4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

*belom kuar lagi...


5. Serviks terbuka 
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

* x suka kalo doktor buat VE..huh


6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

*mmg pon...selalu kutuk laki sendiri kentut bersepah skrg aku plak yang kentut bersepah..wakakaka~ kat dunia lagi dah dpt balasan..ampun bang...ngeee~


7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

* rasa cm nk terberak ada..rasa cm sembelit pon ada..dok kat toilet bowl tp satu pe pon x kuar..naseb baek tandas opis best...eh~


8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

*stressssss....rs cm baru kencing tp nk kencing lagi..kalo la ada portable toilet bowl...aku dah beli letak dlm opis ni..wakaka~


9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera :).

* ntah...aku rasa perot aku statik je..sama tempat...wakaka~


10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba. 

* harapannnnnnnnnnnnnn....makan x hengat donia camne nak turun weh...~ cer kaboooo

ni semua tanda2 yang aku rasa la
harap2 baby kuar ikot tarikh la
xmo overdue hokey baby...nonono
ibu xnk kena induce
waaaaa~

Monday, 3 November 2014

Buasir ketika hamil??? awwww....adududu~


Buasir ketika hamil???
awwwwww....
saketttt
giler kagum aku kalau org peknen x kena buasir
dulu masa ank ptama ngan kedua cukop main aku blagak ckp..
buasir?
what is buasir?
wakakaka~
masok anak ketiga...
haaa....
hambek koooo...menanges tiap kali nak "melabur"
sampai aku ckp suami bleh x nak sapu myk kapak kat tmpt bengkak tu
sbb kengkonon kan myk kapak berangin jd cepat la kecut bengkak tu
suami aku mls nak lyn
dia ckp sapu myk angin yang panas tu pon boleh
cisss~
kengkadang aku suruh dia masuk kan balik pe yg "tkeluar" tu
dia x ksh pon..dah nama pon bini sendiri kan
aku lak yang malu2 hayam
hahaha~

lalu...

aku pon menggugel la pasal buasir ms peknen ni

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:
Darah merah terang selepas anda membuang air.
Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir. 

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. 

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor. 

Bolehkah saya mengelakkan buasir?

Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah. 

Tip-tip berikut akan membantu anda:
Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. 

Anda juga mungkin mendapati tip-tip mengelakkan urat simpul (vena varikos) ini berguna. 

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?

Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buaisr. Tetapi anda mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:
Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil. 

Jika ubat krim dan supositori tidak membantu, kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan:
mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
Cahaya inframerah.
Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi. 

http://www.babycenter.com.my/a1053058/buasir#ixzz3HyBtt4jV

aku selalu gak makan buah2 tu
tp totapla terjadi gak buasir ni
yelah...bak kata mak aku
lain pompuan lain la ragam ngandung nye kan

buasir ni mnyebabkan aku jdmalas nk membuang sbb takut sakit
kang pas membuang menyeringai muka menahan pedih
mmg lah boleh masukkn balik
tp skt la pastu
nak duduk pon serba salah
wakakaka~

suami aku senang je ckp
ikhlasssss....redhoooooooooo
dugaan je tu
nak pahala x?

cis...
iyo lahhhhhhhhh

dah la
nk g melayan perasaan skt buasir ni jap

Wednesday, 9 April 2014

Kejang perut semasa hamil..apakah petandanya??


Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?

Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut. 

Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?

Ya, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melegakan kekejangan yang biasa dialami wanita hamil. 

Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kenyal (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda akan meregang. Apabila anda bergerak, ini boleh menyebabkan sedikit kekejangan pada satu atau kedua-dua belah badan. Anda mungkin dapati kekejangan berlaku lebih kerap pada bahagian kanan. Ini kerana, apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda lebih berkemungkinan untuk menyenget ke kanan. 

Ligamen anda meregang untuk menyokong uterus anda yang sedang membesar. Cubalah duduk dan lihat jika ini dapat mengurangkan kesakitan. Atau baring mengiring ke arah bertentangan dengan kawasan yang sakit itu dan tinggikan kaki anda. Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya akan mengurangkan kekejangan. Anda juga boleh mandi mandian hangat atau tuam bahagian yang sakit itu dengan menggunakan botol berisi air panas. Pada masa yang sama, cubalah berehat. 

Kadang-kadang, anda juga boleh mengalami kekejangan dan sakit belakang semasa bersama suami, terutamanya ketika mencapai orgasme. Orgasme menyebabkan denyutan berombak dalam faraj sehingga ke uterus, dan ini boleh menyebabkan anda rasa seakan-akan kekejangan setelah ia selesai. Hubungan kelamin semasa hamil boleh membuat keadaan ini terasa lebih seperti kekejangan jenis kontraksi, terutamanya dalam trimester ketiga. 

Anda boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kekejangan ini dengan melakukannya dengan lembut dan perlahan. Urutan belakang yang lembut selepas mencapai orgasme juga mungkin membantu. 

Bagaimana jika saya rasa tidak sihat dan mengalami kekejangan?

Kekejangan yang berlaku seiring dengan rasa tidak sihat tidak mempunyai kaitan dengan kehamilan. Penyakit apendiks, batu karang, jangkitan salur kencing atau masalah pundi kencing kesemuanya boleh menyebabkan kekejangan perut. 

Ada kemungkinan kehamilan menyebabkan masalah ini. Fibroid dalam uterus yang sebelum ini tidak mengganggu anda mungkin akan membuat anda tidak selesa apabila anda sedang hamil. 

Ingatlah apa yang anda rasakan dan beritahu doktor anda mengenainya. Doktor anda boleh memastikan samada kesakitan ini adalah kesakitan biasa atau sebaliknya.

 Walau bagaimanapun, jangan tunggu untuk mendapatkan bantuan jika kekejangan itu tidak hilang selepas beberapa minit anda berehat, atau jika ia disertai dengan:

sakit atau pedih ketika anda membuang air kecil;
rembesan faraj yang tidak normal;
pendarahan atau terdapat tompokan darah;
lebam dan kesakitan;
muntah;
demam;
rasa seram sejuk.

Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester pertama?

Kejang perut biasanya tidak perlu dibimbangkan jika berlaku semasa awal kehamilan. Tetapi kadang kala jika ia disertai dengan simptom-simptom yang lain, anda mungkin perlu berjumpa doktor. 

Keguguran awal 
Malangnya, keguguran awal biasa berlaku. Ia biasanya berlaku kerana bayi tidak berkembang dengan sepatutnya. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai keguguran awal: 

Apakah yang akan saya rasa? 
Kekejangan disertai dengan pendarahan dan kesakitan di tengah-tengah bahagian bawah perut.

Bilakah ia akan berlaku? 
Bila-bila masa sehingga minggu ke-12 kehamilan.

Apakah yang harus saya lakukan? 
Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Kemudian baring atau duduk dengan kaki ditinggikan dan berehatlah sebaik mungkin. 

Jika anda mengalami pendarahan yang teruk (sehingga terpaksa menggunakan lebih daripada satu tuala wanita dalam satu jam), terus pergi ke bahagian kemalangan dan kecemasan di hospital berdekatan.

Kehamilan di luar rahim 
Sepertimana namanya, kehamilan di luar rahim adalah kehamilan yang berkembang di luar uterus (rahim). Malang sekali, kehamilan seperti ini tidak dapat diselamatkan. Ia merupakan satu masalah yang serius, maka anda perlu mendapatkan rawatan segera. Hanya kira-kira satu dalam 100 kehamilan berlaku di luar rahim. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya: 

Apakah yang akan saya rasa? 
Kekejangan yang disertai dengan kesakitan yang biasanya bermula dari satu bahagian perut dan kemudian berlanjutan ke bahagian yang satu lagi. Ia juga disertai dengan pendarahan berwarna gelap yang agak cair.

Bilakah ia akan berlaku?

 Biasanya di antara minggu keempat dan ke-10 kehamilan.

Apakah yang harus saya lakukan? 
Hubungi doktor anda serta-merta. Kehamilan di luar rahim memerlukan rawatan segera.

Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester kedua?

Kejang perut yang tidak disertai simptom-simptom lain dalam trimester kedua mungkin tidak perlu dibimbangkan. Namun jika ia disertai pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda keguguran lewat. 

Ingatlah bahawa keguguran lewat lebih jarang berlaku berbanding keguguran awal. Hanya kira-kira satu dalam 100 keguguran berlaku pada tahap kehamilan ini. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai keguguran lewat: 

Apakah yang akan saya rasa? 
Kekejangan disertai dengan pendarahan yang banyak.

Bilakah ia akan berlaku?
 Di antara minggu ke-12 dan ke-23 kehamilan.

Apakah yang harus saya lakukan?
Jika anda mengalami sedikit pendarahan faraj atau rembesan, hubungilah doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Jika anda mengalami pendarahan yang teruk, pergi terus ke hospital berdekatan.

Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?

Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang. 

Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa.

 Berikut ialah keterangan lanjut mengenai kelahiran pramatang: 

Apakah yang akan saya rasa? 
Rasa sakit di bahagian pelvis atau bawah perut, sakit belakang, sedikit kejang perut, cirit-birit. Anda juga mungkin rasa air ketuban mula pecah, serta kontraksi yang sekata atau uterus anda menegang, tetapi biasanya tidak menyakitkan.

Bilakah ia akan berlaku? 
Bila-bila masa di antara minggu ke-23 dan ke-37 kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan? 
Hubungi doktor anda serta-merta. Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah, telefon pihak hospital dahulu.

Kekejangan yang berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran. Pada peringkat ini, kekejangan bukan lagi satu kebimbangan. Ia adalah sebahagian daripada cara badan anda bersiap sedia untuk melahirkan. Anda juga mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah pinggang yang disebabkan oleh tekanan yang bertambah pada pelvis dan belakang anda. 

Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti. 




http://www.babycenter.com.my/a1053574/kejang-perut#ixzz2yOVQTwc6