Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Cara penyimpanan susu ibu..susah ke nak simpan susu ibu???

masa mula2 nak masuk keje pas abes pantang aritu jenuh la aku fikir cmne la nak simpan susu ibu yang di perah kat opis
al maklumla opis aku xde peti ais and pantry
ye!!
tiada peti ais dan pantry
hahaha~
masing2 jenis pandai2 la ko nak idop
xkan aku nak tumpang kat deep freezer kafe bawah tu kot

fikir pnya fikir aku amik keputusan bawak la cooler bag ngan ais
cooler bag aku dah la comel bebenor
isi ais je dah penoh
so aku pon beli la plastik je
x guna botol susu
pam susu aku masuk kan dalam beg khas dia je
so gigih la aku bawak beg besor isi dua benda alah tu hari2
hahaha~

aku pam 3 kali waktu opis
3 jam sekali
kol 9, kol 12 last kol 3
blk umah aku direct feeding je

camne nak simpan susu kat opis??

peralatan yang di perlukan


cooler bag


pam susu

pasti kan pam susu dan peralatannya dah di steril ye 


milk storage - plastic


bottle

depends la korang nak guna mana 1 ye


ice pack

Bekas peyimpanan yang sesuai 

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.

Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) 
Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn label. 
  Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Kuantiti susu yang diperah
  Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.





secara ringkas: 

Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama 4 jam.
Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

PERINGATAN:

susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Tips dan Cara Penyimpanan

Di Pejabat

  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

  •  Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  •   Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  •   Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga untuk kita mengetahui perkara yang berikut: 

kita boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
Jika kita akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih banyak khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila hendak mengepam susu, cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 



best nyeeee tgk susu2 ni kannnn

Thursday, 12 February 2015

Bayi batuk berkahak?? Risau nyaaa~


bayi batuk?
dada berbunyi?
berkahak?

Ya Allah...risau nya la
camtu la yang aku rasa bila baby Mika batuk
terjangkit dari kakak dan abangnya
tengok dia batuk sampai merah2 muka
merah2 gak la mata aku
sedih tgk dia camtu
walopon doktor kata sbnr nya batuk tu bagus utk kuarkan bendasing dr paru2 dia
tetapla x sanggup dengar!!
i hetchu batuk!!

bawak g klinik
doktor kata lungs clear!!
yang berbunyi tu bukan kahak
tapi lendir
batuk sbb hingus dia melelh masuk ke tekak
baby kan asik baring je
lagi pon baby mana reti nak hembus hingus

aku try sedut hingus dia pakai penyedut hingus tu


tapi tak membantu sangat
aku x berani nak sedut sendiri
sbb fikirkan pasal hygienic tu

bila hidung dia tersumbat aku ngan suami akan gilir2 dokong dia sampai dia rasa selesa ataupon tertidur
kadang2 aku susu kan dia sambil berdiri pastu bejalan dalam umah tu
lenguh tangan tu mmg la lenguh
tp sampai ke ati nk tgk anak menyusu sambil tercungap2 sbb hidung tersumbat?

aku gugel gak la petua org2 lama:

 1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih

Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/


2. Petua Garlic socks : 

Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!

3. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 


Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah.  

tapi aku x guna kan pon
bukan x pcaya tapi x bkesempatan je heee

tapi aku guna kan teknik ni
percussion/steaming/cupping orang panggil


A

tepuk di sisi badan ye
bukan di tulang belakang
dan pasti kan bayi sekurang2 nya 2 jam selepas menyusu
kang muntah tbelahak plak
walopon aku x guna steaming tu
aku cuma tepuk2 je
tepuk ni fungsinya melonggarkan kahak2 yang ada kat paru2 tu
jangan risau kalau anak tertelan kahak tu
sbb kahak tu akan keluar melalui najis

cm aku buat kat baby Mika
aku cuma tepuk lembut je
baby lagi kot...patah plak tulang rusuk nya
hahaha~

baby bwh 2 taon mmg x di galakkan @ di benarkan bagi ubat melainkan keadaan yang amat dan sangat memerlukan ubat
jika baby menyusu badan..kerapkan lagi bagi susu
jika menyusu formula..kerapkan gak bagi
jika kahak pekat..ibu2 boleh la mencairkan sedikit susu formula tersebut utk sementara waktu dengan mengurangkan jumlah scoop susu

Alhamdulillah skrg baby Mika dah sihat 
tiada lagi batuk dan selsema
weee~


Tuesday, 10 February 2015

Ibu yang menyusukan anak nya dan keindahan nya!! Allahuakbar~


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Jaundice @ Penyakit Kuning di kalangan bayi

Jaundice @ penyakit kuning?
penyakit ni sering menghantui para ibu di awal2 kelahiran
satu mimpi ngeri kalau baby kena sakit kuning ni
sebenarnya hampir 60% baby yang baru lahir akan kena sakit kuning
tapi biasa la..bila dah jadi ibu pastu asek la tgk anak kena cucuksbb amik darah nk cek bilurubin *btolke spelling aku ni* mesti la sentap sket kan
dgr baby meraung kena cucuk jarum..mak2 yang tggu kat luar ni pon sama gak nak meraung
aku pnh skali anta anak nk check kuning
masok sekali ngan sorg baby cina
anak aku meraung ngan anak dia skali meraung
aku rileks je tapi dlm ati  tuhan je la yang tau cmne rasa
dah la mak2 x bleh masok teman 
msti nurse tu pgg tgn anak aku tu kuat2
tgn baby da la kecik..lembut lak tu 
see...nak taip ni pon aku emo
hahaha~
bila aku toleh tepi aku nmpk mak baby cina tu tgh kesat air mata
alolo~ lagila aku sedih kat situ
cpt2 aku bgn wat2 bjalan keliling wad tu
heee~

tu citer anak ptama aku..5 taon lps
so...bila dah kena camtu aku pon amik la langkah bjaga2 utk kehamilan seterus nya
haaa....ni yang aku jumpa..

jom kita baca pasal jaundice tu dulu..

sedih wei...bila tgk anak terbogel dok bawah lampu ni..
menitik2 airmata tau..
setiap saat bdoa "cepatla anak ibu sihat"
doa bila hlg sabar.."hai la kuning..cpt sket blah bleh x?" hahaha~
kalo lampu ats bwh lagi la...huhuhu~

Apa itu Jaundice?

Jaundice dari perkatan Perancis 'jaune' yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air. Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu.


Adakah Jaundice berbahaya?

Sudah tentu sangat bahaya! Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.


Mengapa kebanyakan bayi mengalami Jaundice?

Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.


Apakah penyebab Jaundice?
  • Sekiranya kekuningan datang terlalu awal seperti pada hari pertama kelahiran, ia mungkin disebabkan tersumbatnya hempedu akibat kecacatan lahir seperti billiary atresia.
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

Rawatan Jaundis

Rawatan Foto
Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di hospital sehingga bilirubin akan ditukarkan kepada bahan tidak berbahaya dalam hati.(Anda tidak boleh dedahkan bayi anda di bawah matahari secara terus kerana sinaran uv boleh membahayakan bayi anda)

Pertukaran darah
Apabila kadar bilirubin bayi melebihi garis normal yang ditetapkan iaitu 20mg/dL (340 umol/L), pertukaran darah merupakan cara terakhir untuk mengelakkan kerosakan otak. Kadar bilirubin yang melebihi garisan normal disebabkan pelbagai faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.


Ibu semasa hamil boleh elakkan jaudis dengan amalan ini:

  • Minum madu 3 sudu besar atau minum air madu 5 sudu besar. Bagi ibu yang ada masalah diabetes, jangan risau madu tidak memberi kesan negatif.
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 bulan sebelum bersalin, 2 cawan sehari , pagi dan malam sebelum tidur
  • Mengamalkan minum pati delima 2 cawan sehari (500ml)
  • Memperbanyakkan memakan kurma
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari
  • Suami digalakkan berselawat sambil menggosok perut isteri. Lakukan sekerap mungkin.
selain daripada itu..ibu2 hamiljuga boleh mengamalkan Set Kehamilan Shaklee ini
Set Kehamilan ini mengandungi ESP + Vit B Complex + Vitalea + Ostematrix + Omega Guard + Vitamin C 






free consultation?
more info?

pm/sms/whatsapp/Telegram
013.206.0902
Ina

Harga?
Harga kasih sayang je

cepat2 k
daaaa~

Checklist keperluan ibu untuk bersalin dan juga baby!! wootwoot~



Saturday, 25 January 2014

Kembung dan bayi..apakah puncanya??



Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.

Adakah kembung perut normal ?

Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik.  Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.

Sebab-sebab perut kembung:-

1)     Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.

2)     Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut

3)     Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas

Adakah urutan berkesan ?

A shot of a mother touching her baby son

Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.

Masalah serius yang perlu dipertimbangkan

Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius. Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.

Kembung perut seperti ini adalah tidak normal, menunjukkan kulit yang bersinar, dan urat-urat darah jelas kelihatan
Kembung perut seperti ini adalah tidak normal, menunjukkan kulit yang bersinar, dan urat-urat darah jelas kelihatan

Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti:-

1. Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu, dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama

2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini

3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.

4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.

Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’

1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)

2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu  – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu

3)   Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.  

4)   Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu

Kesimpulan

Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.

sumber: http://doktorbudak.com/2013/11/16/anak-saya-kembung-perut/