Showing posts with label mealshake. Show all posts
Showing posts with label mealshake. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Anak tak nak makan..normal ke??


Q: ” Dok saya ada 2 soalan..harap doktor boleh tlg saye…anak saya berumo 1 thn 4 bulan, skrg ni dia susah sangat nak makan, kalau dia lapar sangat baru dia nak makan tu pun 2 3 suap je..saya dah cube bagi vitamin selere mkn tp kurang berkesan..mcm mn saya nak buat…saya nak juga tgk anak saya berisi.” 

1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.
2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.
3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak 
4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.
5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.
9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.
10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
http://doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/


selain daripada itu ada juga boleh cuba memberi anak2 anda MEALSHAKE

apa yag menyebabkan MEALSHAKE menjadi pilihan utama untuk anak2 yang kurangg selera makan?









more info?

ask me...

013.206.0902

Wednesday, 12 February 2014

Kenapa anak saya susah tidur malam???






Anak2 susah tido malam?
pernah hadapi situasi ni?

hmmm....
saya salah seorang
Kakak Iman adalah seorg yang aktif di waktu siang
dan sangat susah tidur di waktu malam
kadang2 pukul 12 pon belum tentu dia tido
leka tgk tv ataupon bermain
kadang2 saya terfikir mana dia dapat tenaga ye?

saya cuba elakkan dia makan coklat @ gula2 di waktu malam untuk mengelakkan "sugar rush"

situasi ini sebenarnya membimbangkan saya dan suami
bimbang jika dia akan keletihan,kurang vitamin,otak menjadi kurang cerdas dan sebagainya

jenuh lah gak saya mencari punca kenapa situasi ini terjadi

ini yang saya dapat...


Anak-anak memerlukan berapa jam waktu tidur?

Dari lahir sampai jadi dewasa, jumlah jam tidur berbeza ikut peringkat perkembangan dan ini termasuk tidur petang atau “nap time”. Tidur adalah penting untuk membesar.

< umur 2 bulan   : 14-18 jam sehari

3- 11 bulan         : 12-16 jam

1- 3 tahun           : 12-14 jam

3- 5 tahun          :  11-13 jam

5-12 tahun          : 10-11 jam

12-18 tahun        :  8-9 jam

Masa bayi lahir, mula-mula beberapa minggu, memang bayi tidak dapat membezakan waktu siang ataupun malam. Bayi akan tidur untuk 2-3 jam dan bangun semula untuk menyusu. Waktu malam pun sama. Selepas kira-kira 6 minggu, barulah mereka bermula dapat tidur lebih lama pada waktu malam. Masa inilah, ibu bapa boleh ‘train’ bayi mereka supaya membiasakan mereka untuk cergas waktu siang dan tidur lebih lama pada waktu malam. Selepas 3-6 bulan, bayi biasanya dapat tidur berterusan selama 5-6 jam pada waktu malam.

Budak- budak yang mendapat masa tidur yang mencukupi dapat masuk tidur dalam masa singkat 15-30 minit, tidur berterusan and tidur lebih lena. Jika si anak tidak dapat kualiti tidur yang bagus, dia akan selalu mengantuk waktu siang, mengamuk dan bersikap hyper dengan masalah sikap yang sukar dikawal.

Kenapa sesetengah budak kecil ada masalah tidur malam? 

1. sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur

sekiranya puan selalu buaikan anak masa tidur, anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jikalau dia terjaga ataupun puan tak ada kat tepi dia waktu tidur, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian puan.

2. terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi 

anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.

3. gelisah berpisah dengan ibubapa (“separation anxiety”)

anak-anak takut berpisah dengan ibubapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena and asyik bangun malam.

4. anak tidak ada rutin tidur yang tetap

Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat amalan tidur anak lebih susah. Ibubapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tertentu boleh juga menjejaskan amalan tidur si anak.

5. Obstructive Sleep Apnea

Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.

6. Alahan dan asma

Hidung sumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, sakit flu ataupun penyakit asma, boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.

7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)

Kadang-kala, anak terjaga sebab mimpi ngeri dan mereka dapat cerita balik mimpinya. Mereka rasa takut dan susah nak tidur semula. Tetapi, “night terror” mereka akan berjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti mimpi berjalan di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan mimpi berjalan akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.

8. Ubat-ubatan

sesetengah ubat boleh menjejaskan kualiti tidur. Puan boleh tanya dengan doktor anda untuk adjustkan dos and waktu bagi ubat.

Cara-cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tidur budak-budak

1. Waktu tidur yang rutin

pastikan anak tidur pada waktu yang sama and bangun waktu yang sama, walaupun pada hari mingguan. Ibubapa boleh jadikan amalan tidur yang rutin. Sebelum tidur, mandikan anak, salin baju tidur, gosok gigi, masuk bilik tidur dan boleh bercerita bedtime story(lebih kurang setengah jam). Jadikan waktu tidur satu amalan yang lega dan seronok untuk anak-anak.

2. Jangan dedahkan pada alat teknologi sebelum waktu tidur

Alat-alatan handphone, iPad, TV, dvd, komputer tidak patut dimain/ ditonton oleh anak-anak sekurangnya 1 jam sebelum tidur. Pastikan TV, dvd dan computer tidak ada dalam bilik tidur anak. Mendedahkan anak-anak kepada alatan ini sebelum tidur akan menjadikan otak lagi aktif dan mereka lebih susah untuk masuk tidur. Puan sepatutnya mengelakkan penggunaan alat computer dan dvd sebelum waktu tidur si anak.

3. Suasana bilik tidur yang selesa

Pastikan bilik tidur gelap, suhu bilik yang sederhana,(tidak terlalu panas atau sejuk) dan sunyi. Pastikan baju tidur yang selesa. Ibubapa boleh nyalakan sikit lampu meja jika anak tidak mahu bilik yang terlalu gelap.

Sediakan anak patung, teddy bear, selimut yang si anak rasa selesa dan selamat sewaktu tidur, supaya dia tak akan rasa sunyi sepi dan gelisah jika ibubapa tidak ada di sisinya masa tidur.

4. Bagi anak tidur petang (nap time)

budak-budak kecil dalam umur prasekolah memerlukan tidur petang. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.

5. Senaman dan aktiviti fisikal yang sederhana pada waktu siang

Budak-budak yang mengamalkan senaman dan aktiviti fisikal yang sederhana pada waktu siang seperti bermain bola, basikal, berjalan di taman, berenang etc dapat masuk tidur lebih cepat, tidur lebih lena.

6. Snek ringan waktu malam

Snek ringan yang berkhasiat seperti segelas susu, cereal atau sebiji epal sebelum tidur boleh diberikan kepada anak-anak supaya mereka dapat tidur lebih panjang dan lena, tidak dalam kelaparan waktu tidur. Tetapi, ibubapa jangan beri makanan yang terlampau banyak sebelum tidur. Elakkan minuman dan makanan yang mengandungi cafein seperti air teh, kopi, chocolate dan minuman berkarbonat.

Jika si anak terjaga pada waktu malam dan mengamuk nak orang lain bermain dengannya, jangan asyik menyerah. Jangan sesekali dukung dia dan bermain dengannya.Harus bersikap tegas. Masukkan dia semula di katilnya dengan selimut dan anak patung tidurnya, cuba menyusukannya dan minta dia tidur semula.

Jika rutin tidur yang tetap dan sihat sudah diamalkan dan cadangan di atas sudah dicuba, anak puan masih lagi susah tidur lena pada waktu malam, elok bawa pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan mengenalpasti jika si anak mengalami sebarang masalah fisikal yang boleh menjejaskan kualiti tidurnya. Yang penting jangan putus asa. Amalan tidur yang sihat patut diamalkan oleh semua ahli keluarga.

sumber: http://doktorbudak.com/2013/08/16/anak-saya-tak-nak-tidur-waktu-malam/




dan di sebab kan itu saya memberi kakak Iman MealShake agar dia mendapatkan sepenuhnya vitamin yang di perlukan oleh tubuh badannya dalam proses tumbesaran






jom dapatkan mealshake pada harga terbaek!!

x salah melabur untuk kesihatan anak2 kan...


013.206.0902

Friday, 31 January 2014

Meal Shake dan sejuta khasiatnya yang ohsem!!



Meal Shake?
apa yang hebat sangat nye Meal Shake ni?

ye..
mmg sangat hebat
samapi say pon boleh terjatuh cinta dengan meal shake ni

kenapa?
bagaimana?

Anak saya Iman lahir dengan berat badan hanya 2.0kg sahaja
di sebabkan berat badan nye sebegitu say begitu memantau pemakanannya 
memastikan dia mendapat segala zat dan vitamin yang diperlukan dlam proses tumbesarannya

tetapi....

Iman adalah seorang anak yang sangat cerewet makan
terlalu memilih makan
sayuran yang berwarna hijau dia xkan makan
dia lebih suka sayur yang berwarna seperti carrot
begitu juga susu
Iman sangat tidak suka dengan susu yang berwarna putih
saya terpaksa mencari susu yang berwarna coklat
semata2 untuk memastikan dia mendapat kalsium yang cukup untuk gigi dan tulangnya

Iman juga menghadapi masalah mudah demam dan selsema
mudah berjangkit dari orang lain
ini kerana daya tahan badannya yang agak lemah

sebab itu saya kurang suka membawa Iman keluar dan mendedahnya ke udara luar yang sesak
bimbang dia berjangkit dari org sekeliling
setiap bulan boleh di katakan kami akan bawa dia keklinik kerana masalah selsema dan batuk nye itu

namun begitu..
iklan meal shake dari seorang rakan di FB telah mengetuk pintu hati saya untuk mencuba
*ececeh*
sebab saya bukan lah seorang yang jenis percaya kepada supplement untuk kanak2 di bawah 6 tahun
bagi saya ini semua adalah kurang sihat
saya lebih percaya kepada rawatan secara alami

setelah membaca segala nutrisi dan kebaikan yanga da dalam meal shake..
saya memberanikan diri untuk mencuba
dengan niat untuk kebaikan
dan..

Alhamdulillah....
sebulan selepas penggunaan
saya nampak perubahan
berbeza sekali
Iman yang dulu cerewet makan..
xkan makan kalau x dipaksa..
kini..
dia yang mintak makan!!
mintak susu!!

dan yang paling penting
Iman dah jarang demam, selsema dan batuk
kalau kena pon sekejap je

aktif
ceria
dan x sembelit lagi!!

di sebabkan itulah saya berani untuk meng-syorkan meal shake ni pada kawan2 lain yang ada masalah sama seperti saya

Apa kehebatan meal shake ni yang saya suka sangat?

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

Kurangkan Ekzema

Untuk Tumbesaran

Untuk Perkembangan Minda

Untuk Tingkatkan Selera Makan anak

Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu

Untuk Anak kekal aktif

Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak

Meningkatkan berat badan anak

Membantu anak fokus

Membantu kurangkan kekerapan asthma

Mengatasi masalah sembelit pada anak

Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1

Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti

Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi

Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

nampak?

ngeee~

anak sihat dan ceria kita sebagai ibu bapa yang senang ati
duet x perlu abes untuk ke klinik
cuti x perlu abes sebab selalu EL anak demam ank x sihat


kannn?

hehehe


berminat?

013.206.0902

harga terbaek untuk anda!!

Wednesday, 1 January 2014

Selsema di kalangan bayi dan kanak2 serta cara mengatasinya



Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.
Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.

Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.

Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:

  • selesema berlarutan lebih dari lima hari;
  • suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
  • dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
  • dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:

  • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  • Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

sumber:babycenter.com.my



untuk ibu yang masih menyusukan bayi anda boleh consume vita C + Omega Guard @ nutriferon untuk membina antibodi
khasiat ini akan di salurkan melalui penyusuan susu ibu

untuk ibu yang anak2 nya sudah melebihi umur 1 tahun anda boleh cuba memberikan mealshake + omega guard + chewable vita c@ omega guard + nutriferon untuk membantu membina antibodi badan anak2 kita




Nutriferon







 



berminat untuk dapatkan produk Shaklee dengan harga runtuh??


sms/whatsapp laju2 k
013.206.0902


weeee~