Q: ” Dok saya ada 2 soalan..harap doktor boleh tlg saye…anak saya berumo 1 thn 4 bulan, skrg ni dia susah sangat nak makan, kalau dia lapar sangat baru dia nak makan tu pun 2 3 suap je..saya dah cube bagi vitamin selere mkn tp kurang berkesan..mcm mn saya nak buat…saya nak juga tgk anak saya berisi.”
1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.
2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.
3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak
4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.
5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.
9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.
10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
http://doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/
selain daripada itu ada juga boleh cuba memberi anak2 anda MEALSHAKE
apa yag menyebabkan MEALSHAKE menjadi pilihan utama untuk anak2 yang kurangg selera makan?
more info?
ask me...
013.206.0902
No comments:
Post a Comment