sape yg xnk susu ibu banyak kan?
bila susu merudum sket mula la panik
aku la tu
hahaha
tiap2 hari aku set mesti perah at least 11oz masa kat opis
at least hokey!!
tp x semua sessi perahan tu hasil nya lumayan
kdg2 bila stress susu merudum gak
lagi2 bilakelas full 8 smp 5
ada 1 jam utk rehat time lunch
tu pon tkejar2 nak makan pastu nak solat pastu nak tido
hahaha
sendiri yang stress
kikiki~
so td gugel2 la pasal kes susu merudum ni
tjumpa la satu blog yg isi nya mmekena ngan kes susu merudum ni
jom baca ye...
membaca kan jambatan ilmu
*tetibe*
Alasan paling popular, ibu berhenti menyusukan anak adalah "Susu Badan Sikit" atau "Susu Tak Cukup". Tapi tahukah ibu, bahawa jarang sungguh kes ibu yang baru melahirkan takde kebolehan menghasilkan susu. Bukankah Allah yang memberikan kamu rezeki 'anak', dan Allah jualah yang akan memberikan rezeki 'susu badan' untuk anak tadi.
Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak kerana salah paham susu badan sikit atau tak cukup. Tanggapan salah ini biasanya terjadi bila anak asyik menangis, dah susukan tapi nampak tak puas, baru menyusu nak menyusu lagi.
Bayi menangis bukan sahaja kerana lapar susu. Banyak sebab lain. Sakit perut, sejuk, dan lain-lain lagi. Bayangkanlah, bayi 9 bulan duduk dalam perut ibu yang nyaman. Bila keluar dari perut ibu dengan cuaca sejuk, bising, tak selesa. Dan tentulah tempat paling nyaman selepas perut adalah dakapan ibu. Tak semestinya asyik nak menyusu sahaja.
Kenali 6 Tanda Palsu Susu Badan Sikit
1-Bayi Nampak Lapar Di Antara Waktu Penyusuan
Nampak saje lapar, tapi ia juga adalah tanda perkembangan oral bayi. Kebanyakan bayi suka menghisap ketika ini. Jadi bayi akan menunjukkan tanda lapar ketika penat, bosan, stress atau hanya kerana bayi suka menghisap. Kerap kali bayi akan tertidur semasa menyusu. Jadi bayi akan mengaitkan tidur dan menyusu. Dan sebab itulah bayi gemar disusukan sebentar sebelum dia tidur lena.
2-Bayi Mahu Menyusu Kerap
Penyusuan 8-12 kali dalam masa 24 jama adalah normal bagi bayi yang baru lahir. Ada juga bayi 'cluster feed' minum sedikit tapi kerap. Juga bayi akan menyusu lebih kerap ketika mahu beralih bulan (growth spurt). Atau ibu salah anggap pada bayi, asal bayi memasukkan tangan ke dalam mulut, tandanya bayi mahu disusukan.
set penyusuan shaklee, susu badan sikit, susu badan kurang, susu ibu kering, pil tambah susu ibu, set tambah susu ibu, susu ibu banyak, susu badan banyak
3-Bayi Lapar Walaupun Baru Menyusu
Bayi dari umur 0 hingga 6 bulan mempunyai keinginan menghisap yang kuat. Jika LDR ibu cepat, ini bermakna bayi akan kenyang cepat. Tetapi keingininan bayi untuk menghisap gagal dipenuhi. Oleh sebab itulah bayi nampak lapar, yang sebenarnya tidak pun. Dan ini bukanlah tanda susu badan sikit.
4-Bayi Minum Susu Botol, Walaupun Lepas Menyusu
Bayi adalah unik. Dilahirkan dengan reflax hisapan sehingga umur bayi 3 ke 4 bulan. Reflex ini adalah automatic dan respon yang tak dapat dikawal. Reflax hisapan terjadi apabila mulut bayi diberikan puting ibu, puting buatan, atau jari ibu atau ayah. Oleh itu, ibu percayalah yang susu badan yang disangka sikit, sebenarnya cukup untuk bayi. Elakkan pemberian puting tiruan atau botol susu semasa bayi berumur 0 hingga 1 bulan. Ini akan membuatkan bayi menjadi keliru.
5-Berat Bayi Tak Banyak Naik
Banyak atau tidak kenaikan berat badan adalah kurang penting. Apa yang ibu perlu perhatikan adalah bayi nampak sihat, cerdas, aktif dan ceria. Dan bayi adalah unik, jadi kenaikkan berat bayi juga berbeza.
6-Payudara Lembik Dan Tak Bocor
Selalu kita akan kaitan susu ibu yang bocor adalah tanda susu banyak. Tapi tahukan yang sebenarnya ia dadalah tanda pengeluaran susu yang tak efektif. Maksud bayi tak menyusu atau ibu mengelat untuk pam susu.
Dan payudara ibu sungguh bijak, akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi sahaja. Ya, pada minggu-minggu awal payudara akan mudah membengkak kerana menghasilkan susu lebih dari yang sepatutnya. Semakin bayi membesar, penghasilan susu ibu akan dilaraskan dengan keperluan bayi sahaja. Payudara lembik, bukan bermakna susu badan sikit.
Hafalkan tanda-tanda ini. Supaya ibu tak panik atau angkat bendera putih. Mahu menghentikan penyusuan semata-mata kerana salah paham.
Ingatlah ibu, tiada susu formula (walau mahal giler) dapat menandingi susu badan ibu. Dipenuhi dengan khasiat dan antibodi yang tinggi. Rasanya yang boleh berubah ikut apa yang ibu makan. Suhunya yang suam, paling sesuai untuk bayi. Dan juga datang dengan bekas yang menarik.
Oleh itu ibu, target 2 tahun penyusuan lengkap. Dan berusahalah. Breastmilk is the best for our babies.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/01/susu-badan-sikit-6-tanda-palsu.html
btol kan apa yang dia tulis??
tu yang aku share
mintak halal ye tuan tanah
heeee~
tapiiiiiiiii
xpe2
sbg jalan penyelesaian kita boleh amik supplement
tp supplement ni bkn lah penentu susu korang tu kompom banyak sebaldi ye
supplement ni fungsi nya sbg pelengkap untuk vitamin yang badan kita perlu kan
kita bkn nya tau badan kita ni kurang vitamin pe
tp sbg langkah berjaga2 korang boleh la amal kan pengambilan supplement ni kan
so..apa yang aku amik?
terus terang aku ckp aku bkn la penggemar pil ye
kadang2 saja wat lupa
kahkahkah
dah kena tunjal dahi br tkedek2 g makan
tp di sebab kan aku ni genius sket
sket je la...
maka aku pon mengamalkan ESP
yes ESP!!
sodap nak pengsan
cube try cmpor ngan cucu coklat dutch lady sejuk
ya ampunnn
sanggup aku minom sket2
sbb takot abes cpt
hahaha
apa yg best sgt ESP ni ha??
best kannnnnnnnnn
jom2 sempena harga promo ni
cepattttttttt
No comments:
Post a Comment