Apa itu MIGRAINE?
Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.
a) Classic Migraine
Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.
b) Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Apakah punca MIGRAINE?
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.
Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :
- Mengawal pemakanan harian
- Mengurangkan stress dengan bersenam
- Mengamalkan cara hidup teratur
- Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
- Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.
Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila
masa sahaja.Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa
terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.
Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis
migrain/sakit kepala ini:
1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2) Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus
Jika sering terkena migrain,pesakit perlu mengelak
beberapa perkara :-
HINDARKAN:
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .
Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.
Supplemen shaklee yang dapat membantu untuk atasi
masalah migrain adalah:
1) Ostematrix - Terdiri dari
kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan
stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit
kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan
saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap
Migraine.
2) B complex - mengandungi vitamin
B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga
pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.
No comments:
Post a Comment