Thursday 30 January 2014

Kek Coklat idaman kalbu~heeee





*ihsan encek google*


dah berapa hari kakak Iman asek sebut

"ibu..kakak nak kek"

"ibu nnt kita beli kek ye"

di sebab kan iollss ni ibu yang penyayang a.k.a kuat makan maka meh la kita buat sendiri kek tu ye nak oiii
nak beli mahal
eh mahal ke?
hahaha

x kisah la
janji buat sendiri
puas ati
sedap ke x sedap sendiri telan kan
tapi kompom sedap

hahaha

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan 

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas


Cara penyediannya
1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih

2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati

3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.)

4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata

5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C

Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.



haaa....

dah ..moh kita makan kek sampai lebam
hahaha







psssss: kalo rasa badan cam gemuk pas makan kek jom dapatkan set kurus basic dr Shaklee
ngeee~

free consultation uollsss

sms/whatsapp laju2 k

013.206.0902

No comments:

Post a Comment