Monday 13 January 2014

Dari kacamata aku sebagai seorang guru..*sobsob~*

Assalammualaikum...

selamat petang uollss

ngeee~

hari ni ber-kelapang-an sket sebab xde kelas
students sume ke auditorium untuk kelas oil and gas

hmmmm...

xde benda pon nak citer sekadar nak berkongsi pengalaman sebagai seorang pengajar ni

saya x pernah bercita2 menjadi seorang tenaga pengajar walopn amik B.ED TESL..
nampak cam gah sangat kan...

mengajar di 2 kolej yang berbeza sampai lah saya dapat tawaran di kolej yang baru ni..

mendengar cerita dari pengetua kenapa kolej ini di wujudkan sedangkan syarikat ini sebenarnya mengendalikan bisnes lain

hanya satu...

demi anak bangsa sendiri..

mula2 x heran sangat..sampailah satu hari saya mendengar sendiri cerita dari seorang pelajar kenapa dia masuk ke kolej ini

kalau orang lain dengar tentang student oil and gas mesti terfikir mereka2 ni adalah pelajar yang hebat
tapi tidak di kolej ini
mereka terdiri dari anak2 yang susah
ada yang tidak bersekolah
tamat darjah 6
tingkatan 2
ada yang x tau membaca langsung
sebut perkataan english pon x boleh

ada di antara mereka yang di tinggalkan ibu bapa
belajar berdikari menjaga adik2 sendirian tanpa ibu bapa
sanggup kan?

ayah yang terlantar sakit tua
yatim piatu
ibu cleaner..ayah lama x balik

*sebak*

"nape x makan? "
"duit biasiswa dah hantar balik kampung miss,mak nak guna wat belanja adik2"

*terdiam*

"saya nak belajar betol2 miss..nak cari keje,nak cari dut banyak2..nak buktikan kat semua orang walopon saya bodoh tapi saya boleh dapat kerja"

*terdiam*

"nape x balik? kan cuti lama?"
"johor tu jauh miss,tiket bas mahal..saya nk simpan duit..kalau adik2 nak guna duit boleh hantar"

Allahuakbar!!

berbeza dengan zaman saya belajar
sket pon x pernah terfikir tentang adik2
*jujur*

duet habes bagi tau ayah suruh masukkan duet
mudahkan

*terdiam*

itulah pengajaran yang saya dapat di kolej ini
mereka bukan di latih untuk jadi engineer
bukan di latih menjadi pegawai2

tapi mereka di latih untuk menjadi buruh2 di atas kapal
tetapi........

mereka cukop bersyukur
bersyukur kerana di beri peluang untuk mengubah masa depan mereka sendiri
tidak peduli dengan kekurangan diri

banyak beza nya dengan kolej2 saya yang dulu

bila ditanya dalam kelas...

"any question?"
dengan laju nye mereka angkat tangan

saya terapkan budaya 'x faham tanya..nnt kapal kamu tenggelam kalau kamu salah '
heee~

Alhamdulillah..yuran mereka di taja
duit belanja setiap bulan di beri
itu lah yang buatkan mereka selalu bersyukur

mereka ada 1 sifat terlalu menghormati guru
nakal mereka adalah nakal biasa seorang remaja lelaki
tetapi x pernah berlebihan

senyum dan ketawa dalam kelas x pernah menggambarkan kehidupan mereka
tetapi menggambarkan masa depan mereka


saya bukanlah bersikap racist
kita hidup di bawah langit yang sama
di atas tanah yang sama
cuma saya ada 1 kesedaran
saya perlu bantu anak bangsa saya



itu sahaja


No comments:

Post a Comment