Friday 28 February 2014

Sakit sendi dan cadangan vitamin






Sakit lutut atau lebih dikenali ramai sebagai sakit ‘Arthritis’adalah suatu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja baik anak sekolah, orang muda, dewasa ataupun orang-orang tua.

Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku, pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.

Pelbagai faktor, terutamanya sebarang trauma atau stress boleh memberi kecederaan kepada tisu-tisu di sekeliling sendi terutamanya adalah tisu ligamen dan tisu otot. Hanya trauma yang terlalu kuat sahaja boleh memberikan kecederaan kepada tulang-tulang di sendi.

Urutan atau pun menyapu minyak panas adalah amalan biasanya dilakukan apabila kita mendapat sakit sendi. Setelah tiada perubahan dengan berurut maka kebanyakan kita akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Kebiasaanya di klinik doktor akan memeriksa tempat yang sakit dan mungkin mengambil gambar X-Ray. Sekiranya tiada tulang retak atau patah, doktor hanya akan memberikan ‘ubat penahan sakit’ seperti Voltaren atau Celebrex untuk beberapa hari.

Andainya kesakitan masih berterusan maka anda mungkin dirujuk ke doktor Ortopedik atau pakar tulang. Pemeriksaan M.R.I (Magnetic Resonance Imaging) atau CAT Scan (Computerized Axial Tomography), akan diambil untuk melihat adakah terdapat tulang yang retak atau tisu-tisu yang koyak.

Andainya tiada sebarang kelainan dikesan maka, doktor Ortopedik ini akan menambah preskripsi ubat penahan sakit atau pun memberikan steroid. Kadang-kadang cadangan untuk suntikan Hyalarunic Acid Gel dan seterusnya arthroscopy ataupun pembedahan.

Dalam kebanyakan sakit sendi, tiada kecederaan atau kelainan kepada tulang-tulang di sendi sebab yang menyebabkan kesakitan itu adalah berpunca dari kecederaan ataupun kerosakan yang terjadi kepada tisu-tisu ligamen ataupun otot jadi doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja.

Ubat penahan sakit ini adalah bertindak sebagai anti-inflammatory iaitu memperlahankan atau memberhentikan proses pembaik pulih. Jadi ligamen-ligamen yang rosak atau cedera itu tidak dibaik pulih sepenuhnya dan akan menjadi separa pulih dalam keadaan kendur.

Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis.

Hanya rawatan Prolotherapy sahaja yang mampu merawat semula ligamen yang telah kendur untuk menjadi regang semula bagi mengikat sendi-sendi dengan kuat.

Rawatan Prolotherapy adalah kaedah medical yang mengunakan kaedah suntikan setempat di sendi-sendi yang sakit dengan ubat prolotherapy untuk membaik pulih ligamen atau tendon yang kendur. Kekenduran ligamen inilah yang menyebabkan sendi-sendi tidak diikat dengan kuat dan memyebabkan kesakitan yang kronik.

Ia juga amat berkesan untuk merawat kecederaan sukan, Sports Injuries yang sedikit ataupun kronik serta untuk merawat kecederaan akibat dari pekerjaan ,Occupational Injuries.

Rawatan ini amat berbeza sekali dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit NSAID, Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs ataupun suntikan steroid, arthroscopy dan surgeri.

Rawatan ini adalah alternatif kepada surgeri dan mampu memberikan kesan baik pulih yang kekal, malah sendi akan menjadi 40% lebih kuat dan stabil.

Prolotherapy adalah sebahagian dari ilmu kepakaran Perubatan Ortopedik tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahui tentang Prolotherapy. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy amat popular dan ramai doktor yang mempraktikkannya.

Apakah Rawatan Prolotherapy?.

Prolotherapy adalah hasil kombinasi dari perkataan ‘prolo’ dan ‘ therapy ‘. Prolo adalah singkatan dari perkatan proliferation  dan prolotherapy membawa maksud rawatan yang merangsang proses proliferasi pertumbuhan sel-sel inflamasi untuk membaik pulih dan memperkuat tisu sendi terlibat.

Sebenarnya proses inflamasi adalah kaedah semula jadi untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang terdapat di dalam badan manusia.

Konsep rawatan Prolotherapy adalah dengan merangsang proses inflamasi setempat melalui teknik suntikan di kawasan sendi yang mengalami kesakitan yang biasanya disebabkan oleh ligamen yang lemah, kendur atau tercedera.

Suntikan yang boleh diberikan adalah proliferants, irritants, chemotactics, particulates ataupun growth factor.

Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan untuk sekali rawatan atau beberapa suntikan yang bergantung kepada tahap dan keperluan penyakit seseorang.

Ligamen.

Ligamen adalah bahan yang mengikat atau menghubungkan tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita tergantung kepada ligamen-ligamen ini.

Ligamen yang tercedera atau kendur tidak dapat mengikat sendi dengan kuat dan menyebabkan sendi tidak stabil dan menghasilkan kesakitan bila sendi digerakkan.

Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan darah, makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui sequestration process atau  proses perahan, hasil dari pergerakan sendi.

Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan oleh masalah kekenduran ligament.

Apabila berlaku kecederaan kepada ligament, ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit, NSAID (Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs) tadi atau steroid.

Ini akan menyebabkan proses baik pulih terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran.

Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan Secondary Osteoarthritis.

Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsang semula proses inflamasi di ligament yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligament tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan lebih kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

Otot.

Tendon atau otot adalah bahan yang menghubungkan otot-otot dengan tulang di sekitar sendi.

Kecederaan atau kekenduran kepada tendon menyebabkan kekejangan dan kesakitan di tendon dan otot berkenaan serta kesakitan bertambah dengan pergerakan sendi yang terlibat.

Joint Instability yang berpunca dari kekenduran ligamen akibat dari kecederaan sukan, kecederaan pekerjaan atau akibat dari simple sprain and strain (otot yang terseliuh atau tertarik) adalah penyebab utama kepada sakit sendi kronik dan akhirnya melarat kepada Osteoarthritis.

Prolotherapy adalah satu-satunya cara membaik pulih sendi-sendi anda yang sakit samada yang sedikit atau yang kronik tanpa memakan sebarang ubat penahan sakit atau steroid.

Prolotherapy adalah pilihan alternatif terbaik kepada suntikan steroid, suntikan gel di sendi ataupun pembedahan lutut.

Persoalannya sekarang bolehkah rawatan Prolotherapy membantu anda, ibubapa ataupun kawan-kawan anda? 

Mari kita lihat senarai penyakit yang didapati amat berkesan dengan Rawatan Prolotherapy :

Sakit Belakang.
Sakit pingang.
PID (Pelvic Inflammatory Disease).
Herniated Dics.
Degenerated Discs Disease.
Slipped Discs.
SCIATICA.
Spondylolisthesis.
Sacroiliac Laxity.
Sakit Leher.
Whiplash Injury
TMJ Syndrome (Tympano-Mandibular Joint Syndrome).
Cluster Headache/ Migrane.
Sakit Bahu.
Frozen shoulder.
Sakit siku/Tenis elbow/Golfer’s elbow.
Sakit pergelangan tangan.
Capal Tunnels Syndrome
Sakit sendi-sendi jari tangan
Sakit sendi peha.
Sakit lutut.
Medial/Lateral/Anterior & Posterior Cruciate Ligament Tear.
Meniscus tear
Sakit buku lali.
Sakit di kaki dan jari-jari kaki
Sakit di Tumit.
Sakit di tapak kaki.
Arthiritis.

Nota Makluman Pengguna: Prolotherapy tidak boleh diguna untuk merawat Gouty Arthritis dan Rheumatoid Arthritis

sumber: http://www.iluvislam.com/uncategorized/1710-prolotherapy-rawatan-unik-yang-berkesan-untuk-sakit-sendi-yang-sedikit-atau-kronik.html#


selain daripada itu anda juga boleh mengambil vitamin@supplement tambahan seperti yang di cadangkan

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :

(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen


Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 


Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.




bert price?

more info?

Ask me...
013.206.0902
zarina.sharudin@gmail.com

Monday 24 February 2014

Buasir oh Buasir dan cadangan vitamin yang boleh di ambil




Masalah buasir bukan sahaja di alami oleh ibu2 selepas bersalin
malah, kaum lelaki juga tidak terkecuali mengalami penyakit buasir ini

Namun begitu, ramai yang malu utuk medapatka rawata buasir ini
sehinggalah buasir tersebut menjadi semakin teruk

jom kita baca apa itu buasir

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.  Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Jenis-jenis Buasir

Buasir terbahagi kepada dua jenis iaitu buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur dan buasir luar, yang mana ia boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur.
Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.

Buasir Dalaman

Biasanya tidak menyakitkan dan gatal. Malah anda juga tidak dapat merasainya kerana ia terletak di bahagian paling dalam usus besar

buasir dalaman tidak merbahaya namun begitu pendarahan yang berlaku mungkin di sebabkan kanser dan rawatan yang sepatut nya perlu di jalani


Buasir Luaran

Tandanya seperti kesakitan,kepedihan dan kegatalan


3 Peringkat Buasir

Terdapat 3 peringkat berlakunya buasir iaitu:

Peringkat #1 Buasir
Berlaku pendarahan pada dubur dan bengkak menonjol keluar dari kawasan kemaluan itu.

Peringkat #2 Buasir
Pergerakan usus badan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan bengkak itu keluar dan masuk dari kawasan dubur. Peringkat kedua ini biasanya akan memberikan kesakitan yang amat kepada pesakit.

Peringkat #3 Buasir
Apabila darah pekat keluar, kita akan rasa keperitan pada dubur. Kebanyakan masa, ia akan menyebabkan kita sukar untuk membuang air besar. Situasi ini dianggap serius dan disarankan agar kita segera berjumpa dengan doktor pakar.


Punca buasir

di dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dikenali sebagai vaskular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa lama, ia hilang sifat kenyalnya dan terjulur keluar daripada dubur.  Proses ini sering diiringi dengan pendarahan dan akhirnya menjadi buasir.

Selain itu, buasir juga boleh terjadi apabila seseorang itu duduk mahupun berdiri dengan terlalu lama. Contohnya apabila anda travel dalam jarak perjalanan yang jauh, sudah tentunya anda akan duduk dengan lama. Tidak kurang juga pemandu kenderaan awam yang perlu duduk dengan lama ketika memandu serta mereka yang duduk terlalu lama di hadapan komputer sehingga terlupa untuk bangun. Selain itu, ibu-ibu mengandung tidak ketinggalan, mereka juga boleh mendapat buasir kerana bayi di dalam kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada saluran darah di kawasan dubur sehingga boleh menyebabkan buasir.

 Buasir juga boleh terjadi akibat proses meneran ketika melahirkan bayi. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) juga boleh mendapat buasir.



Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
·Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

·Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.



Tip-tip berikut akan membantu anda:
Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.

Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.

Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.

Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 


Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil vitamin @ supplement tambahan seperti di bawah




OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.



jom dapatkan set ini dengan harga terbaek

more info?

ask me..

013.206.0902
ina

Sunday 23 February 2014

Masalah ketika kehamilan dan vitamin yang di perlukan ketika hamil



kehamilan adalah perkara yang sangat menggembirakan bagi seorang wanita yang bergelar isteri
momen2 saat mengandung adalah satu memori yang paling manis untuk di kenang sepanjang hayat
tendangan2 kecil dr dalam begitu membahagiakan
saat mendengar degupan jantung bayi pula perkara yang mengujakan

namun begitu masalah2 yang di hadapi ketika mengandung sedikit sebanyak mencacatkan emosi si ibu
ketidakselesaan yang di hadapi membuatkan si ibu berasa tertekan dengan kehamilan itu
ketika ini..sokongan suami dan keluarga memainkan peranan yang sangat penting apatahlagi jika kandungan tersebut adalah kandungan pertama

Antara masalah yang di hadapi oleh ibu2 ketika mengandung ialah..

1) Gusi berdarah
Ini berlaku kerana ketika hamil, gusi akan menjadi lebih lembut dan sensitif sehingga menyebabkan kecederaan ketika memberus gigi
Gusi mungkin membengkak dan menyebabkan plak terkumpul di dasar gigi
Ini menyebabkan penyakit gusi dan pereputan gigi


2) Sesak nafas
selalunya masalah ini berlaku di akhir kehamilan
Tumbesaran bayi telah mengakibatkan tekanan ke atas diafragma dan ia menghalang ibu daripada bernafas dengan bebas

sesak nafas juga berlaku akbat drpd anemia


3) Kekajangan @ cramp
Kerap kali berlaku pada waktu malam
kebanyakan berlaku akibat si ibu kurang kalsium


4) Pitam
Ia berlaku kerana tekanan darah yang lebih tendah semasa hamil
Elakkan berdidi terlalu lama


5) Terkencing secara tidak sengaja
Ia disebabkan otot pelvis yang lemah dan juga kedudukan bayi yg semakin membesar telah menekan pundi kencing


6) Ruam
Berlaku di sebabkan oleh perubahan hormon
Si ibu boleh menyapu losyen dan memakai pakain daripada kain kapas yang longgar


7) Berpeluh
Ia adalah di sebabkan oleh hormon dan juga pertambahan pengaliran darah kekulit di sepanjang kehamilan


8) Keputihan
Penggunaan sabun akan memburikkan lagi keadaan
dapatkan rawatan dengan segera bg mengelakkan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan


9) Vena varikos
Saraf pada betis dan paha menjadi sakit dan membengkak
di sebabkan berdiri terlalu lama atau duduk dalam keadaan kaki bersilang



selain daripada itu, ibu2 boleh la mendapatkan set kehamilan bagi trimester 1, trimester 2 dan trimester 3 untuk memastikan si ibu dan bayi mendapat segala keperluan vitamin yang mencukupi bg aktiviti seharian




harga terbaek?
more info?

ask me..

013.206.0902
ina

Saturday 22 February 2014

Stress oh Stress...B complex yang ohsemmmm



Rasanya semua org tahu maksud stress
stress biasanya mendekati kaum wanita
kenapa?
sebab kaum wanita lebih banyak berfikir berbanding dengan kaum lelaki
btol kan?

anak x sihat
benda ni yang biasanya ibu2 fikirkan sampailah ke tempat kerja
nak masak pe mlm ni?
pon soklan yg selalu di fikir

contoh nye saya la
saya seorg ibu dan isteri
seorang pensyarah dari pukul 8 sampai 5 ptg
sampai di rumah sibuka plak uruskan hal umah tangga
masak,layan anak,layan suami, kemas umah
bukan lah nak cakap suami x membantu
Alhamdulillah suami banyak membantu
tapi naluri seorang pompuan kan
mesti nak btolkan balik pe yg suami dah buat
hahaha~

Sebenarnya stress ni bawak banyak kesan buruk kat tubuh
secara ringkasnya kesan stress terbahagi kepada empat:

1) Kesan Fizikal
Boleh dikesan melalui tubuh yang...

keletihan
pening kepala
sukar tidur
sakit2 badan terutamanya di bahu dan belakang
jantung berdegup kuat
loya
badan ketar
tangan menjadi sejuk dan berpelu


2) Kesan Mental

mudah hilang tumpuan
sering lupa
sukar membuat keputusan
gagal berfikir dengan baik
fikiran bercelaru


3) Kesan Emosi

mudah risau
bimbang
sedih
mudah marah
rasa kecewa
putus asa
takut
sensitif
panas baran


4) Kesan Sikap

selalu mengeluh
abiat menggigit kuku
tabiat menggoyang2 kaki
cenderung makan banyak
merokok
mengambil minuman beralkohol
memaki hamun
bertindak agresif


selain daripada itu,stress juga mampu mengundang pelbagai penyakit seperti:

1) Sakit jantung dan angin ahmar (strok)
stress mampu mengakibatkan pertambahan asid lemak di dalam darah di mana bahan2 ini akn bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol sekaligus menutup saluran pembuluh darah

pada masa yang sama, ia turut memudahkan pembekuan darah dalam siri seseorang


2) Insomnia
Individu yang stress cnderung berhadpan dengan masalah sukar tidur


3) Diabetes
Murung dan tertekan boleh meningkatkan tahap gula dalam darah sekaligus menjurus ke arah penyakit kencing manis


4) Gastrik
Tekanan boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan bg sistem penghadaman
situasi ini akan menyebabkan penyakit gastrik @ ulser di dalam perut



haaa.....serius menakutkan
so..mulai hari ini kita hendaklah menjalani gaya hidup yang sihat ok
no more stress tawwww

selain daripada itu kita boleh mendapatkan supplement @ multivitamin yang mampu mengawal stress
ini bukan ubat mengawal stress ye kawan2
jom baca khasiat nya dulu


mengandungi semua vitamin yang di perlukan oleh tubuh badan dalam seharian
so bila badan sihat dan bertenaga mestilah otak x letih kan
kerja boleh siap on time,bertenaga sentiasa

kita stress bila badan letih
otak fikir bila nk siapkan kerja
dateline nk kena kejar
dok kat opis sampai tgh malam
balik umah nk kena smbg buat keje kan
bertambah lah lagi stress kita


jom dapatkan B Complex ni dengan harga terbaek!!

ask me...

013.206.0902
ina