Wednesday 26 March 2014

Petua dan Tips Kehamilan mengikut Islam dan Set Vitamin yang diperlukan


Assalammualaikummmm

hari nak cerita pasal cahayamata

semua pasangan yang berkahwin menginginkan atau di pendekkan citer terlalu menginginkan cahayamata@zuriat sebagai pelengkap hidup
lambang kasih sayang
lambang cinta

tapi x semua pasangan di kurniakan rezeki murah dapat baby seawal usia perkahwinan
saya sendiri di kelilingi oleh mereka yang terlalu inginkan zuriat
tapi mereka sentiasa positif
usaha dan doa perlu seiring

ada seorang kawan sampai tidak mahu pulang kerumah mertua
kenapa?

disindir..diperli dek ibu mertua dan ipar duai
sedih
benci
pada diri sendiri

suami salahkan isteri
isteri salahkan suami

ibu,mama,umi,mak,mommy
ayah,papa,abah,daddy
gelaran yang paling di nantikan

bila dah ada anak baru kita tau betapa susahnya nak cr rezeki untuk keluarga
tak tidur malam bila anak sakit
tapi itu semua adalah pengalaman
pengalaman yag sentiasa di inginkan oleh semua pasangan yang begelar suami isteri

pergi shopping complex
lalu di bahagian baju @ permainan baby
hati meronta2 nak beli
sape x tergoda dengan baju2 dan permainan yang comel tu kan..

sekali lagi saya ingatkan
doa dan usaha perlu selari
terdapat bayak tips dalam internet yang boleh kita dapat
google je..
semua boleh di aplikasikan
tapi satu je...ALLAH Maha Mengetahui
mungkin belom sampai masanya kita ada zuriat
setiap kejadian tu ada hikmahnya kan
rezeki Allah datang dalam pelbagai cara

=)

Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Syura: 49-50 yang bermaksud:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yg Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yg Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yg dikehendakiNya) dan Dia menjadikan mandul siapa yg Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Anak adalah rezeki. Untuk mereka yg dah ada rezeki anak lebih awal, bersyukurlah. Tapi dalam masa yg sama jangan lupa, anak2 ini pon ujian Tuhan. Jangan kufur nikmat yg Allah berikan, jangan terlalu bangga dengan kejayaan. Sebab kejayaan itu milik Allah. Dan anak2 ni pon dipinjamkan Allah untuk kita didik, semai jadi anak soleh dan solehah yg bakal jadi saham akhirat kita di akhirat kelak. Anak tercipat bukan dengan kuasa manusia. Jadi kita sebagai hamba kenala berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal.

Anak yg lahir bukan sekadar zuriat dan penyambung warisan. Malah anak sebenarnya bukti kekuasaan Allah. Anak ni la anugerah dari Allah. Amanah kalau kita boleh katakan. Sebab tu dah ada anak, jaga sebaik mungkin. Jangan didera. Allahu. Banyak kes dera sekarang kan. Sampai kita rasa takut dengan kekejaman dunia. Huhu. Ini la dunia yg kita wariskan kepada anak kita.

Doa dan amalan untuk mendapat zuriat

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yg harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang2. Namun, tak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yg lama untuk dapatkan zuriat dan ada juga yg tak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara2 tertentu.

Tapi konsepnya tetap sama Semua perkara yg berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. Sebab tu mereka yg beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan redha dengan segala apa yg terjadi terhadap diri mereka. Tetapi tidaklah bermaksud kita perlu akur dan berserah dengan apa yg terjadi tanpa berusaha bersungguh2 untuk memiliki zuriat.

Meh kita tengok tips dan amalan yg boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yg baik dan soleh. =)

Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan membaca ayat 38 surah Ali-Imran yg bermaksud : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yg baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa."

Al-Imam Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria A.S pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah S.W.T. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci Qurban yg diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ni bermaksud anak yg sihat sejahtera dan berakhlak.


Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan ayat 89 surah Al-Anbiya' yang bermaksud : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik2 yg mewarisi."
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria A.S untuk memperoleh anak yg baik bagi menyambung zuriatnya. Amakan membaca doa ini bersama doa dalam surah yg pertama tadi untuk mendapatkan zuriat. 

Selain itu, berikhtiarlah dengan perkara2 yg dibenarkan syarak.
Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.
Bagi ibu yg berjaya hamil, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yg bakal dilahirkan sama ada baik atau sebaliknya.

Ikhtiar dengan perubatan moden dan kampung
Banyakkan bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan
Setelah banyak berikhtiar dari segi perubatan moden dan tradisional, dan setelah berdoa kepada Allah, maka pasangan suami isteri dinasihatkan untuk bersabar. Perasaan yg tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri kita dan ini akan menyukarkan lagi bagi pasangan untuk memperoleh zuriat.

Di dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Yang paling penting, awali doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat kepada Rasulullah S.A.W. Ketika nak tutup doa pon sama jugak.

Sujud selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
Baca Bismillah 1 kali kemudia Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali. Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yg kita hajatkan. Contohnya : "Ya Allah, kurniakanlah kepadaMu  ini zuriat atau anak yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat." Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalan ini baik diamalkan oleh suami dan isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan JANGAN MERASA PUTUS ASA. Sebab Allah tak suka org yg suka berputus asa. Dan Allah tak suka org yg gopoh ketika meminta.

Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah yg Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jima'.
Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaana adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalali Wal Ikram" sebanyak 11 kali kemudia tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari.

Itu la dia antara petua dan amalan mengikut Islam yg boleh kita amalkan. Mana tau ada rezeki kan. Sebabnya yg Maha Memberi Rezeki ni Allah. Kalau kita nak minta kena minta dengan DIA kan? Dia la kabel paling besar yg kita kena bergantung harap kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat.


set yang di cadangkan untuk suami dan isteri


more info?

013.206.0902

No comments:

Post a Comment