Sunday 30 March 2014

Kayap dan vitamin yang di perlukan




Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) dan
Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. It akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, ia menjadi gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda lazim penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:


  • Meredakan kesakitan
  • Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  • Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.


Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:


  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) misalan diclofenac dan
  • Menggunakan ubat neuroactive seperti amitryptiline.
  • Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.


Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Petua Untuk Merawat KAYAP megikut kata org2 berpengalaman

Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga
terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.
Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota badan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap
anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya
keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti
mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian
belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung
batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar
kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama
beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di
tempat kayap sebelum tidur.

Pilihan 6:
Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili
serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang
terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam
masa beberapa hari.

atau...

anda boleh dapatkan...



Nutriferon

Nutriferon dapat meningkatkan sistem imun dengan membina antibodi dalam tubuh yang bertindak seperti askar-askar dlm tubuh. Ia juga melindungi tubuh agar dapat melawan penyakit dgn lebih kuat.

Testimoni 1 :

" Sebenanya akak baru bersalin 6 hari, dapat kayp semalam, doc    gtau xleh bf..tersangatlah tensen n surf google jumpa produk ni utk imun, leh advice as a mum to a mum honestly? tqvm ya! "

terasa sayu bila terbacakan sms kiriman k.long ni..betapa sedihnya hati seorang ibu bila x dpt menyusukan sendiri baby yg dilahirkan..untuk pengetahuan semua alhamdulillah selepas 2 hari pengambilan nutriferon ni kayap yg mula merebak nampak makin surut dan mengering..alangkah gembiranya k.long kerana impiannya untuk bf babynya tercapai juga..dia kembali bertenaga dan meneruskan pantangnya seperti ibu2 lain..mamafiyya bersyukur sgt sebab Nutriferon dapat membantu dalam masalah kayap ni di samping doa serta harapan klong yang x penah putus memohon dr yg Esa..


Testimoni 2 ::

Arif A’akif; Disebabkan antibodi yang lemah kakaknya Nurul Aula A’Akif Fadzil telah memaksa adiknya menelan satu sachets nutriferon. Dua hari kemudian ade tompok merah di kawasan pinggang hingga ke kaki. Selepas pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah kayap. So seperti biasa ibu akan memaksa Arif minum kelapa untuk mengeluarkan tompok merah tuh dan doctor prescribe ubat untuk supress the virus dan pain killer. And dalam mase 3 hari die tak demam pun, dan tak ade sakit langsung siap boleh keluar malam lagi alhamdulilah!

Testimoni 3 ::


Bapa kepada Puan Puteri Maizura Razali juga mengalami benda yang sama, die telah pergi ke doktor pakar kulit. Pada masa yang same die menelah 2 paket nutriferon bersama ubat doktor dan alhamdulilah tak sampai seminggu dah pulih.


dan juga...


Garlic

Garlic pula adalah anti-virus semulajadi, anti-bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada dijangkiti bakteria. Maka, pengambilan Garlic adalah sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. 


more info??

013.206.0902

No comments:

Post a Comment