Thursday 26 February 2015

kenapa susu yang saya perah cairrrr??? camne nak pekat kan balik???


susu ibu cair?
nape susu aku perah cair je?

haaaa...
pernah x terfikir camni?
jangan tipu tauuuu

sbb aku pon ada dan pernah terfikir camtu
sampai sedih2 nape susu cair je
tapi sebenarnya susu tu x la cair mana
sbb bila dia membeku aku nmpk la pbezaan pekat dan cair tu
hahaha

sebenar nya susu yang cair tu bkn lah bermaksud susu tu x elok ye
bkn nya bermaksud susu tu x berkhasiat langsung
kena semat dalam fikiran susu ibu adalah susu yang terbaik
heeee~

susu yang cair sket tu kita panggil FOREMILK pastu yang pekat sket tu namanya HINDMILK

penting ke kedua2 nya?

YA!!
kedua2 nya sangat penting sbb kedua2 nya adalah saling melengkapi untuk keperluan bayi

Foremilk

Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal

 proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara 

direct feeding, bayi kita akan  menerima susu foremilk ini 

terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya 

kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi 

kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu 


menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. 

(sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, 

dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang 

penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.




Hindmilk



Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.



Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk


Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh 

dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang 

hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut 

terjejas.

Pentingnye seorang ibu untuk kerap  mengosongkan 

payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan

 secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu 

yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya 

ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati

 susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. 

Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke 

tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan 

cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = 


lebih banyak foremilk. 

Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding 

hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

   ✔ Bayi selalu meragam

   ✔ Bayi kembung

   ✔ Najis bayi menjadi kehijauan

   ✔ Bayi tak kenyang

   ✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya

   ✔ Bayi kerap sangat berak

   ✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang 

bersifat asidik serta cirit birit) 


Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan 

penyebabnya ialah:

   ✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.

   ✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, 

tak sempat baby nak dapat hindmilk.

   ✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.

   ✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

   ✔ Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.

   ✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.

   ✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.

   ✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.

   ✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang 

meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta 

beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang 

normal.  


Fakta Tambahan

Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh

 keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain 

itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut 

umur bayi kita.


Contoh : Keadaan cuaca yang panas mempengaruhi 

penghasilan susu, bagaimana? Secara logiknya kita akan 

cepat dahaga apabila cuaca panas.

Ibu akan mendapati hasil perahan mengandungi lebih

foremilk berbanding hindmilk.

Keadaan malam pula, lebih sejuk. Jadi susu yang dihasilkan 

lebih pekat. 


Jadi ibu-ibu terutama sekali ibu baru, jika hadapai situasi 

bayi seperti di atas, jangan cepat putus asa bila tengok bayi 

macam tak kenyang, meragam macam tak cukup susu, 

tambah lagi berat badan tak naik, kerap kembung, poo poo 

asik hijau dan sebagainya..itu bukan tanda ibu tak boleh 

hasilkan susu yang berkhasiat @ susu tak cukup tapi foremilk

 terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat nak dapatkan 

hindmilk sebab perut bayi dah penuh dengan foremilk dalam

 kuantiti yang lebih.


ramai ibu2 yang risau jika stok susu semakin berkurangan

ingat ye ibu2..kalo kita stress susu akan merudum

so..meh la kita hepi2 je hokey

selain daripada tu kita boleh gak amik supplement utk 

membantu membanyakkan susu ibu

tetapi!!

harus di ingat ye

supplement ini sekadar membantu sahaja ye bkn nya 

penentu yang susu ibu tu confirm kuar banyak!!


nak try supplement pe ye??

haa....

meh akk explain pasal Set Menyusu Bajet Shaklee yang ohsem!!

x perlu makan berbotol2 supplement

korang bkn jenis yang suka makan berbiji2 ubat pon kannn




ESP + ALFALFA


Khasiat Alfafa Complex:

- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

- Menghilangkan kelesuan & tekanan

- Memberikan kelegaan semasa haid

- Merawat arthitis

- Bagus untuk elergi & ekzema

- Merawat athma

- Mencuci usus bagi membuang toksin

- Meneutralkan asid dalam badan

- Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor

- Merawat masalah keputihan

- Membantu menegangkan payudara

- Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri

- Memulihkan urat selepas bersalin

- Membantu masalah penghadaman & pencernaan

- Meningkatkan stamina suami juga isteri

- Melegakan sembelit

- Membuang angin dalam badan


- Sebagai milk booster


PERHATIAN!!!

ALFALFA  TIDAK BOLEH DI AMBIL OLEH PESAKIT SLE ...

No comments:

Post a Comment