Monday 2 February 2015

kenapa baby menangis? cara pujuk baby dan white noise sounds


setiap kali baby nangis mesti la kita yang resah kan
cam aku anak pertama dulu
asek la menangis
siang malam menangis
org tua kata sawan tangis
hahaha

masa tu aku berpantang kat umah mak sendiri
naseb baek...phewww
suami nun jauh di selatan
jaoh la sangat
so secara x langsong aku urus kan anak sendiri
anak 1st lak tu
mak aku pon cucu 1st
dia pon dah lupa cmne nak handle baby
adik aku yg bongsu time tu dah 17 taon kot
hahaha

so bila baby menanges...berjemaah la kitorang menggelabah
mak aku plak risau bebenor aku ni meroyan
yer la...suami jaoh..anak lak asek menanges
takot aku stress
hahaha~

dukong menanges
bg susu menanges
eh...sume la aku bagi
penampor je aku x bagi time tu
hahaha

masa tu aku jahil
naif 
xpnh amik tau cara dan sebab baby menanges
yerla...cek perot x kembong pon
tapi nape nangesssss
whyyyyy???
hahaha

tapi tu citer lama
skrg aku dah maju kehadapan
ecece...
dgn khidmat encik gugel yang banyak membantu
kikiki

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan 

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga. 

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. 

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya. 

2. Saya perlukan keselesaan 

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa. 

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa. 

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk 

Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. 

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. 

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas. 


4. Saya perlu dipeluk 

Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. 

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.  


5. Saya perlukan rehat 

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. 

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur. 


6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. 

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring. 

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. 

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
muntah-muntah
cirit-birit
sembelit


7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 

Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. 

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega. 

http://www.babycenter.com.my/a1045598/7-sebab-bayi-menangis-dan-bagaimana-menenangkan-mereka#ixzz3QYY9Nqlq 

untuk mereda kan baby menangis lak ada mcm2 cara sebenar nya
cm aku biasanya aku akan dukung baby
sambil enjut2 sket
pastu berjalan la 1 umah
buat lak bunyi shhhhhhhhh...
kalo aku buat cmtu kat baby Mika..dia akan pandang je muka aku
pastu mata makin kecik
korang bleh gak gugel "White Noise sound for baby"
ada macam2 bunyi sebenarnya
pakar bagi tau white noise sounds ni seakan2 bunyi dalam rahim
bunyi2 an yang mampu nak tenang kan baby
sume orang tau rahim adalah tempat paling selamat utk baby
walopon bagi aku white noise sounds ni lebih kurang bunyi tv rosak je
hahaha
ada gak bunyi hujan,ombak dan mcm2 lagi

aku pnh try guna white noise sound ni masa nk tido kan baby Mika
padah nye dia tido berjam2
aku lak yang naik risau sbb dia x bgn menyusu
aku lak yang gigih kejut dia bangun utk menyusu
kahkahkah

selain drpd tu
boleh guna cara 5S ni...

Teknik ‘Cuddle Cure’ adalah teknik yang mengambil aspirasi dari amalan meniru kesemua sensasi rahim yang diamalkan puak !Kung San. ‘Cuddle cure’ yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi…dalam masa yang amat singkat!

‘Cuddle Cure’ adalah gabungan 5 teknik yang digelar ‘5S’;

1. Swaddle; membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.

2. Side/Stomach Position; memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga di panggil ‘fetal position’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.

3. Ssshing; membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu, bunyi hasil proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih 9 bulan yang lepas!

4. Swing; menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi dalam pelukan (bukan dalam buaian). Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih didalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

5. Sucking; membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Perlaksanaan setiap ‘S’ yang sempurna serta mengikut turutan yang betul perlu diambil kira. Ia mungkin tidak dapat dicapai melalui pembacaan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya, sekarang para ibu telah tahu bahawa sawan tangis (colic) atau tangisan berpanjangan yang bukan disebabkan oleh masalah kesihatan, ada penyelesaiannya!

http://www.doktorbudak.com/2015/01/30/tangisan-bayi-apa-yang-kita-tahu/

so...

kesimpulannya...
x perlu panik kalo baby menangis
yang penting kita tenang!!

br la boleh berfikir

xde la kes hempas bayi sbb menangis
demmmm...!!!
choiiii!!!

hahaha
k bye

No comments:

Post a Comment