Friday 13 February 2015

Cara penyimpanan susu ibu..susah ke nak simpan susu ibu???

masa mula2 nak masuk keje pas abes pantang aritu jenuh la aku fikir cmne la nak simpan susu ibu yang di perah kat opis
al maklumla opis aku xde peti ais and pantry
ye!!
tiada peti ais dan pantry
hahaha~
masing2 jenis pandai2 la ko nak idop
xkan aku nak tumpang kat deep freezer kafe bawah tu kot

fikir pnya fikir aku amik keputusan bawak la cooler bag ngan ais
cooler bag aku dah la comel bebenor
isi ais je dah penoh
so aku pon beli la plastik je
x guna botol susu
pam susu aku masuk kan dalam beg khas dia je
so gigih la aku bawak beg besor isi dua benda alah tu hari2
hahaha~

aku pam 3 kali waktu opis
3 jam sekali
kol 9, kol 12 last kol 3
blk umah aku direct feeding je

camne nak simpan susu kat opis??

peralatan yang di perlukan


cooler bag


pam susu

pasti kan pam susu dan peralatannya dah di steril ye 


milk storage - plastic


bottle

depends la korang nak guna mana 1 ye


ice pack

Bekas peyimpanan yang sesuai 

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.

Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) 
Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn label. 
  Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  Kuantiti susu yang diperah
  Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.





secara ringkas: 

Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama 4 jam.
Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

PERINGATAN:

susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Tips dan Cara Penyimpanan

Di Pejabat

  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

  •  Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  •   Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  •   Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga untuk kita mengetahui perkara yang berikut: 

kita boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
Jika kita akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih banyak khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila hendak mengepam susu, cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 



best nyeeee tgk susu2 ni kannnn

No comments:

Post a Comment