Tuesday 26 November 2013

Set Detox yang superb!!


 

Alfalfa + DTX Complex + Garlic

 
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.
Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?

Detox Hati/Liver Detox

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih  kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan

Pencuci Keseluruhan Tubuh

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.





























































No comments:

Post a Comment