Thursday 2 April 2015

perlu ke anta anak sekolah kecik2 lg???


perlu ke antar anak ke sekolah seawal usia?

ntah la..
bergantung pd parents gak

cam aku 
taon ni first year aku anta kakak g sekolah
5 taon
tp sbb dia lahir ujong taon jd sebenarnya dia baru cukop 4 tahon 4bulan
kahkahkah

kenapa anta dia g skolah? 
x rasa dia kecik sangat lagi ke?

aku anta dia g skolah sbb aku nak dia belajar bersosial ngan org lain
sbb sblom ni dalam idup dia cuma ada ibu ayah adik2 nenek ngan atok
selain drpd tu dia x kan pandang
 bwk g playground kalo dia nmpk ramai org dia xkan main hokey
walopon bdk2 tu sume baya2 dia
dia lebih rela duduk drpd g main ngan kawan2
berbeza ngan si abang
bdk2 besar lepak kat gelongsor rileks je dia masok celah2 org tu sbb nak main gelongsor tu
dia set dalam kepala
"ni tempat main la..pe jadah korg nak lepak sini plak"
haaa....lebih kurang camtu la
bdk2 lepak tu bg la laluan kat dia panjat tangga gelongsor tau
abang kawasan mmg camtu
hahaha~

so sbb tu aku anta dia g tadika
separoh ari je kot
seminggu gak aku berkampong kat skolah tu
pas seminggu malas aku nak layan
aku anta dia masok aku tros blah
lantak la nak nangis ke hape
dah penat nnt dia diam la

x kesian ke?

sumpah aku sedih tggl kan dia nangis berjurai2 airmata camtu
tapi sampai bila?
sampai bila dia nak bergantong nak aku tggu camtu?
hahhaa~

seploh minit sebelom skolah abes aku dah terpacak depan pagar
dia nmpk aku tros jerit..."ibuuuuu...."
sambil mata mula berkaca2
aku wat x tau je walopon dia dah melekat kat grill kelas tu

masok dalam kete aku ajak dia bercerita pasal aktiviti skolah
tunjuk kn rasa excited dgr citer dia walopon citer nya cuma pasal sang kancil dengan buaya
hahaha~
aku siap cakap..."bestnyeee sekolah kakak..ibu pon nak skolah kat skolah kakak la"

"best ibu..cikgu cerita best"

"sok nak sekolah lagi?"

"nakkk"

"kakak nak nangis lagi x"

"xnk la..cikgu cakap sape nangis banyak2 nnt buta..xdpt tgk ibu,ayah,adik"

gulp~

takot ibu dgn cikgu kakak


No comments:

Post a Comment